December 28, 2008

OOOPS...MAAF CIKGU


Semasa disekolah menengah dulu ada seorang guru lelaki yang mengajar mata pelajaran Technical /Building Drawing diklas ku. Sekolah teknikallah katakan. Orangnya tak lah tinggi. Comel, kata orang tu. Namun orangnya baik dan boleh diajak bergurau tapi kena tengok pada keadaan.

Diklas, aku ada seorang kawan rapat(pompuan tau) namanya cukup kalau aku sebut Z aja. Masa tu aku dan Z antara pelajar yang dudok dibahagian depan sekali. Jadi kami kira lebih dekat dan mudah untok berinteraksi dengan guru. Sedihnya masok tahun ketiga, kawan ku berpindah keMelaka dan menyambong persekolahannya disana. Sesekali kami akan mengutus surat agar tidak putus persahabatan kami.

Ditahun ketiga guru comel kami tu, cikgu R, masih mengajar diklas aku. Jadi, satu hari tu, selepas mengajar, dia pun berbual2 dengan kami. Kebetulan aku baru terima surat dari Z beberapa hari lepas dan dia ada mengirim salam untok cikgu R. Bila aku beritahu cikgu, dia rasa gembira. Ya lah, sekurang2nya anak muridnya masih ingatkan dia walaupun dah berpindah tempat. Kemudian dia bertanya samada surat Z ada bersama aku ketika itu. Kalau ada dia nak juga membacanya. Nak tahu juga apa perkembangan bekas anak muridnya itu. Surat tu memang aku bawa lalu ku berikan padanya.

Selesai membaca dia berkata,'oooo, dia umpat saya ya. Dia panggil saya cikgu pendek' sambil memandang kearah aku. Tapi tak marah malah ketawa. Murid2 lain pun turut ketawa sama. Tiba2 aku baru teringat akan perkara itu. Aku rasa kesal pulak kerana memberikan surat itu padanya tapi apa nak buat. Perkara dah terjadi. Walau bagaimana pun cikgu pesan kat aku, jangan lupa beritahu dia kalau ada berita dari Z. Murid kesayanganlah katakan.

Hingga kini, walau pun sudah lebih tiga puloh tahun dan Z pun dah menetap di Shah Alam, kami masih terus berhubongan. Jangan marah Z dan selamat maju jaya.

December 26, 2008

TELOR IKAN PUNYA HAL


Kisah ni terjadi lebih limabelas tahun lalu semasa aku kepasar Eunos. Tiap kali kepasar, tiap kali jugalah aku pening pikirkan apa yang nak dibeli. Pening apa nak masak pun satu hal juga.

Pusing punya pusing, akhirnya aku berhenti disalah satu gerai ikan. Sipenjual ikan sekejap-sekejap menghembuskan asap rokok yang dihisapnya sambil melayan pelanggan. Tak lama kemudian datang seorang nenek. Dia hanya berdiri dan memerhatikan ikan2 tanpa menyentohnya. Kemudian dia bertanya sipenjual ikan, 'pek, itu ikan ada telor tak?' sambil jari telunjoknya menunjok kearah seekor ikan tengiri. Sipenjual ikan tidak terus menjawab pertanyaannya. Dia hanya memandang muka nenek itu sambil senyum. Selepas menghembuskan asap rokoknya dia menjawab selamba. 'Tanya sama itu ikanlah, sudah kahwin kah belum.'

Aku hampir nak tergelak mendengar jawabannya tapi terpaksa aku tahan. Tak sangka aku sipenjual ikan tu memberikan jawaban yang mencuit hati. Aku lihat kearah nenek tadi, dia hanya diam. Tidak menjawab, senyum pun tidak. Malu agaknya. Kemudian dia pun angkat kaki dan beredar dari tempat itu.

December 24, 2008

KACA MATA HITAM


Kepala otak kita ni dah penat pikir perkara2 yang memeningkan dan yang membebankan. Jadi aku pikir lebih baik kita tenangkan fikiran dengan cerita2 lucu. Moga2 terhibur sikit,kan?


Buat permulaan, aku ingin ceritakan kisah aku semasa bercuti keNew Zealand pertengahan tahun ini. Walaupun ketika itu diawal musim sejok, ada ketikanya terasa dipanah mentari pagi. Jadi terasa silau jugalah mata ni. Aku memang tak pernah bergaya dengan kaca mata hitam. Tapi disana dek nak melaram sikit aku pun belilah satu. Yang murah aja. Lepas beli terus balek kehotel kerana dah nak maghrib.


Sampai dibilek hotel, kawan sebilek menghidupkan lampu sementara aku terus mencuba kaca mata baru ku. Sejurus dipakai aku terus pekik perlahan kat kawan,'Tin, apasal kau off lampu? Bukaklah, aku nak tengok cermin ni'. Kawan aku pun pekik balek kat aku,'oi! Kau tu pakai sunglasslah. Mana tak gelap. Kau tu ok ke tak. Apa dah'.


Inilah gara2 tak pernah berkaca mata hitam.

November 19, 2008

CERITA DIKEDAI KOPI

Hari Selasa lalu, aku dan suami buat pertama kali kePlaza 888 untok kesalah sebuah bank disana. Kami bersarapan dahulu sebelum kebank. Dibelakang kami dudok dua orang lelaki, seorang mungkin dalam usia lewat 40an dan yang seorang lagi sudah kelihatan agak berumur.

Bukannya kehadiran mereka disitu yang menjadi perhatian ku tetapi topik perbualan mereka yang membuat aku mengucap panjang. Mula2 aku dengar mereka berbual perihal nombor2. Jelas betul nombor2 yang mereka sebutkan kerana mereka berbual dengan agak kuat . Meja kami pulak agak berdekatan. Kemudian aku dengar pulak mereka bercakap tentang kuda. Beria2 benar mereka memperkatakan tentang lumba kuda terutama dari lelaki berumur tu. Dari pengamatan aku jelas lelaki berumur itu lebih berpengalaman dan pengetahuannya dalam hal kuda. Mungkin 'hobi' itu sudah bermula sejak muda lagi agaknya. Ngeri juga bila aku dengar jumlah wang yang mereka habiskan dilumba kuda tu. Bukan sedikit. Aku dengar sebanyak enam ribu hangus begitu saja. Itu baru enam ribu yang aku dengar. Tak tahulah sejauh ni dah berapa ribu agaknya yang dah dileburkan. Sayangnya.

Sayang lagi memikirkan masa yang terbuang kerana melakukan kerja yang tak berfaedah. Kerja yang tak seharusnya dilakukan oleh seorang Muslim. Tak mungkin dia tak tahu berjudi tu haram. Kadang kala mereka tahu perkara tu haram tetapi mereka tetap melakukannya. Ada kerana keseronokkannya. Kerana seronoklah mereka terus berjudi, samada 4D , lumba kuda atau apa saja jenis judi. Yang sedihnya, kerana judilah mengakibatkan keluarga porak peranda dan ada hingga membawa kepada perceraian. Bila dah bercerai yang menjadi mangsa adalah anak2. Kasihan.

November 15, 2008

KISAH KELUARGA

Minggu lepas masa aku dan suami sedang dok tunggu bas, tiba2 sorang lelaki Cina ni, adalah dalam lingkungan umur 60an tahun, tanya bas mana yang keGeylang. Aku bagi tahulah. Lepas tu, dia ceritalah yang dia dulu pernah tinggal dikawasan pusat tukaran bas dimana kami berada masa tu. Masa tu masih lagi dengan rumah2 kampong. Sekarang ....cheng jeng jeng....dah mula dah cerita sedih. Tapi muka dia tak nampak sedih pun. Steady aja.

Menurut katanya, dia sekeluarga pindah dari rumah kampong kerumah pangsa dikawasan yang sama juga selepas pembangunan semula kawasan tersebut. Maklum, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain dari kecil. Suka sangat dia dengan tempat tu.

Beberapa tahun kemudian, anak2 dah membesar, dah kahwin, isteri pun meninggal dunia beberapa tahun lepas. Dia tinggal dengan salah sorang anak lelakinya. Tak lama lepas tu, dia terpaksa keluar dari rumah tersebut kerana rumahnya terpaksa dijual atas kehendak menantu. Wang, alaahai. Kalau dia yang dapat takdalah dia bercerita kan?

Namun begitu dia ni taklah merempat sebab katanya dia kadang2 balek kampong diJohor. Ada rumah disana. Alkisah. Patutlah tak nampak sedih pun cuma nampak jengkel dan marah bila cakap pasal menantunya. Geram dengan anak lelakinya yang menurut kata sang isteri saja. Dah jodoh anak dialah kan. Sebelum tamat ceritanya dia kata apa yang berlaku tak kira bangsa. Baik dalam keluarga Melayu, Cina atau India sama saja. Aku dan suami setuju sangat seratus peratus. Hai.....tak dapat dengar pentas radio pagi tu dapat pulak dengar kisah keluarga tanpa diundang.

Kebetulan bas kami tiba dan sebelum sempat kami ucapkan kata2 dia dah terlebih dulu pesan pada kami agar berhati2 dijalanan. Hm......

November 08, 2008

PELIK TAPI BENAR

Kejadian ni aku alami beberapa tahun lalu. Waktu tu aku dan suami sedang makan malam selepas maghrib. Tak lama lepas tu, tiba2 kami terdengar seperti benda jatoh dekat tingkap ruang tamu kami. Kami berpandangan antara satu sama lain dengan penuh tanda tanya. Aku pun terus ketingkap untok periksa apa yang jatoh tadi tapi tak jumpa apa pun. Heran juga. Bunyinya betul2 jelas kedengaran.
Kejadian itu terus kami lupakan hinggalah selepas beberapa minggu kemudian bila aku hendak membersihkan tingkap. Terperanjat dengan apa yang aku jumpa. TELOR! Ya, telor yang telah pecah dan kering dek pancaran sinar matahari . Baru aku paham bunyi benda jatoh tempoh hari. Patutlah aku tak dapat menjumpainya kerana ia 'melanggar' jeriji tingkap dan percikkannya melekat pada kain langsir dan ada yang 'tersangkut' dicelah2 jeriji tingkap. Ia hanya dapat dilihat bila kain langsir itu diselak.
Termenong sejenak aku memikirkan bagaimana telor itu boleh 'terbang' ketingkap rumah aku yang terletak ditingkat dua. Siapa pula yang melontarnya. Bermacam2 yang aku fikirkan. Ini membuat aku teringat kejadian yang agak serupa berlaku dimajlis perkahwinan abang sepupu ku dikampong sewaktu aku masih kanak2 lagi.
Malam pernikahan itu, aku baru saja dudok dianak tangga rumah pengantin. Tiba2 ada benda terbang lalu dihadapan aku dan jatoh ditepi tangga sebelah kiri ku. Bila aku menoleh kearah benda tersebut, dalam samar2 itu aku nampak sebiji telor. Mujor seorang makcik ternampak kejadian tu lalu memberitahu seseorang dan mereka melakukan sesuatu keatas telor tersebut. Aku tak tahu apa yang mereka buat kerana aku disuroh beredar. Apa yang aku masih ingat ialah kata2 seorang makcik disitu yang berkata, mujor ia tak terkena aku yang dudok disitu. Manakala seorang lagi berkata, mungkin ada orang yang berniat tak baik terhadap keluarga pengantin.
Jadi, apa pula makna cerita telor dirumah aku tu. Aku pun tak berani meneka. Apa pun aku bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami apa2 perkara yang tak diingini. Alhamdulillah.

November 03, 2008

MY BLOGGING CLASS


Thanks to Fadzuli for conducting the class at Chong Pang CC.
It gives me the opportunity to attend the class as it's near my
house. Since it's my first IT class and have last used the computer 8yrs ago, I was very nervous. Luckily my niece was with me. Back home I did a lot of practice and now I really feel proud of myself.

October 31, 2008

BERINGAT DIMASA GAWAT.

Negara dilanda kegawatan ekonomi lagi. Rasanya kita baru saja hendak menarik nafas lega akibat kegawatan yang lalu.Sejak kebelakangan ini juga kita sering diingatkan supaya berjimat dan berhemat bila berbelanja. Bagaimanakah caranya? Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi sebagaimana yang pernah diusulkan antaranya ialah kita menyenaraikan dahulu barang2 yang hendak dibeli. Dengan cara ini kita tidak terbeli barang2 yang tidak diperlukan. Saya percaya sudah ramai yang mengamalkan cara ini. Walau bagaimana pun ia tidak menjadi pula dengan saya.Seringkali saya tidak dapat mengikut sepenuhnya senarai yang ada. Lain yang ditulis, lain pula yang dibeli. Akhirnya cara tersebut saya lupakan.Satu lagi yang tidak upaya saya lakukan ialah membuat catatan perbelanjaan bulanan.Saya memang kagum dan tabik pada mereka yang taat dan dapat melakukannya. Pada saya mereka ini adalah orang2 yang berdisiplin. Bukan macam saya. Hanya bertahan untok beberapa hari saja. Entah mengapa saya gagal melakukannya.Saya akui, dengan membuat catatan itu kita dapat memantau berapa banyak wang yang telah dibelanjakan. Namun pada saya ia seakan2 mengongkong kebebasan saya berbelanja. Bukan bermakna saya seorang yang boros atau kaki shopping. Tidak. Saya ni jarang2 mengunjongi pusat2 membeli-belah. Tak percaya? Tapi itulah hakikatnya. Pada saya yang penting ialah kita menilai dahulu kemampuan kewangan kita. Kadang2 saya terpaksa membatalkan niat untok memilikki sesuatu barang yang diinginkan hanya kerana harga yang diluar kemampuan saya. Seboleh2nya saya cuba elakkan melakukan apa yang disebut orang 'biar papa asal bergaya'. Bahaya! Elok jika membeli baju mengikut ukuran dibadan sendiri. Pasti puas hati. Dengan cara ini kita dapat hidup dengan selesa dan tenang tanpa dibelenggu masaalah2 yang boleh mencerut kehidupan kita dikemudian hari. Terpulanglah sama ada hendak atau tidak membuat catatan atau senarai yang disebutkan diatas tadi asalkan kita mampu mengawal diri dan beringat2 sebelum berbelanja.

October 14, 2008

JODOH

ANDARTU - suatu panggilan yang tidak menyenangkan kepada yang empunya diri. Seolah2 ianya satu penghinaan. Bukan niat untok mengata, jauh sekali memperli atau memandang rendah gulongan tersebut. Tapi inilah pandangan segelintir masyarakat kita terhadap wanita2 yang masih belum berumah tangga walaupun usia sudah diperingkat membimbangkan.

Saya sangat2 memahami perasaan mereka kerana saya juga termasuk didalam kategori tersebut sebelum ini. Ya. Saya berumah tangga dalam usia diawal 40an tahun hampir sepuloh tahun lalu. Sepanjang melalui zaman solo itu bermacam2 sindiran dan kata2 yang menyakitkan yang saya dengar. Apa yang saya lakukan ialah mendiamkan diri seolah2 tidak mendengar apa yang diperkatakan kerana memang inilah sikap saya yang tidak suka bertekak. Pada saya tak ada gunanya bertegang urat dengan orang2 seperti itu. Buang masa. Dilain masa ia akan berulang lagi sama ada disengajakan atau tidak. Sudah resminya begitu, nak diapakan.

Seorang teman rapat yang masih solo juga menghadapi masaalah yang sama. Kasihan dia. Pernah dia mangadu hal yang kurang menyenangkan hatinya setiap kali orang bertanyakan statusnya. Sehinggakan adakalanya dia rasa malas hendak menjawab, hanya senyum saja.
Pada saya soalan2 cepumas ini tidak akan habis disitu saja. 'Kepoter' ini akan terus bertanya tanpa jemu, Apabila seseorang itu telah berumah tangga, ditanya pula soal anak. Kalau yang ditanya tu sudah beranak-penak tak mengapalah juga. Apahal jika belum, lebih2 lagi bagi mereka yang sudah bertahun berumah tangga. Tidakkah ini akan menyinggong perasaan mereka.

Belum habis lagi. Bila dikatakan sudah punya anak2, lagi banyaklah yang ingin ditanya. Belajar diperingkat berapa, keputusan peperiksaan macam mana, masok aliran normal atau ekspres dan macam2 lagi. Bila anak dah tamat persekolahan ditanya pula kerja apa. Lepas beberapa tahun jumpa lagi , tanya, 'dah kahwin?'. Dan begitulah seterusnya pertanyaan ini berulang lagi tiada henti. Disebabkan itulah mengapa saya katakan, orang2 ini tak harus dilayan sangat. (Ini pendapat saya).

Soal jodoh hanya Allah yang tahu. Ada yang berkawan dan bercinta bagai nak rak tapi putus juga ditengah jalan. Ada pula tu berkenalan tak lama, tup2 ambil keputusan untok berumah tangga. Sebagai contoh saya sendiri. Pada mulanya saya hanya terima usulan bekas kawan sepejabat untok makan malam dan berkenalan dengan abangnya atas desakan seorang kawan. Katanya tak ada salahnya saya pergi. Untok mengelak dari rasa malu dan kurang selesa saya mengajak seorang rakan sebagai teman saya. Malam tu saya kurang berbual dan rakan saya seolah2 sebagai wakil berbicara.

Pulang kerumah saya tidak memikirkan sangat perkara tersebut sehinggalah sikawan tadi menalipon saya malam itu juga untok mendapatkan kata putus dari saya kerana abangnya sudah pun bersetuju. Terperanjat juga saya dibuatnya. Saya meminta masa sehari dua untok berfikir. Atas nasihat dan pandangan rakan sekerja, saya memberi kata setuju apatah lagi saya pernah mendengar orang berkata, lebih baik berkahwin dengan orang yang menyukai kita dari sebaliknya. Dalam tempoh enam bulan kami pun sah menjadi suami isteri walaupun perasaan cinta dan sayang ketika itu belum ujud. Walaupun boleh dikatakan suami banyak kekurangannya tapi saya yakin, bersyukur dan tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Alhamdulillah, hingga kini hidup kami bahagia. Memang tidak mudah untok mendapatkan pasangan yang betul2 sempurna kerana kita sendiri ada kekurangannya. Inilah yang dikatakan jodoh.

Kesimpulannya, dari pengalaman saya ini, yang penting ialah kita harus membuka minda dan hati kita untok menerima seseorang seadanya dengan ikhlas setelah kita mengetahui latar belakangnya. Tidak salah bersikap memilih tapi biarlah berpada2. Kadang2 orang yang kita tidak suka, sebenarnya itulah orangnya yang akan memberi kita kebahagiaan. Itulah sebenarnya jodoh kita. Pikirkanlah.






August 27, 2008

ADA KE PATUT?

Sementara menunggu ketibaan pesawat yang dinaikki anak saudara saya pulang dari Hongkong beberapa bulan lepas, saya, suami, abang dan ipar, dudok minum disalah satu tempat makan diterminal 1 sambil berbual kisah keluarga. Biasalah tu. Kemudian timbul pula kisah salah seorang saudara sebelah ipar yang pergi melancong seisi keluarga. Musim cuti sekolahlah katakan. Tapi bukan itu yang menjadi keperihatinan saya. Menurut ipar, setiap kali ada antara adik beradik mereka melancong, ibu mereka yang uzor akan dihantar kerumah tumpangan orang2 tua. Senang, kata mereka. Sekurang2nya ada yang menjaganya, makan minum terjaga, sakit pening mereka tidak bimbang. Saya bertanya ipar, masakan adik beradik yang lain tidak boleh mengambil alih menjaga ibu mereka. Yang pergi melancong hanya satu keluarga sedangkan yang lain masih ada dirumah. Apa salahnya ibu mereka diletakkan dirumah salah seorang dari mereka. Walaupun alasannya yang mereka bekerja tetapi pada saya sesuatu boleh dilakukan. Misalnya mereka boleh bergilir2 mengambil cuti seandainya ada antara mereka yang tidak boleh mengambil cuti panjang. Sekiranya mereka ada rasa tanggong jawab, perkara begini pasti tidak akan berlaku. Bermuafakatan perlu ada. Dengan menghantar orang tua kerumah tumpangan setiap kali ada yang pergi melancong seolah2 masing2 ingin melepaskan tanggongjawab menjaga orang tua mereka. Rasa marah juga didalam hati ini. Tidakkah mereka fikirkan perasaan ibu mereka. Janganlah kerana orang tua tu dah tak berdaya lagi, dah tak boleh membantah , mereka sewenang2nya membuat keputusan yang menyedihkan. Walau apa pun alasan mereka, saya rasa perkara begitu memang tak patut dilakukan. Saya seakan dapat rasakan kesedihan ibu itu.
Berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan salah seorang abang saya. Walaupun dia bergaji hari namun dia dengan senang hati mengambil cuti setiap kali saya pergi bercuti. Sedikit pun dia tidak merungut kerana terpaksa menemani ibu kami yang telah uzor dan perlukan seseorang menemaninya. Pernah juga saya mencadangkan agar abang tua saya yang menjaganya sementara ketiadaan saya tetapi dia enggan. Kesediaan dan pengorbanannya itu sekurang2nya melegakan hati dan fikiran saya semasa bercuti. (Surirumah pun perlukan rehat oiii!).

August 20, 2008

SEKILAS PANDANG



Seperti biasa Ahad lepas saya kepasar tempat kediaman saya. Sementara menunggu suami, saya memerhatikan orang2 yang lalu lalang didepan kedai kopi tempat saya dudok. Dalam ramai2 orang yang lalu disitu, mata saya asyik memandang kearah seorang pembantu rumah yang berjalan dibelakang seorang wanita umur dalam lingkungan lewat 50an atau awal 60an tahun. Tetapi berbadan agak tegap dan tinggi manakala pembantu rumahnya pula berbadan kecil. Timbul rasa belas terhadap pembantu rumah itu kerana terlalu banyak barang yang terpaksa dibawa. Cuba pikir. Dibahu kiri menggendong plastik merah besar yang kelihatan agak berat. Dibahu kanan juga begitu. Ditangan pula membawa tempat penggosok baju yang sederhana besar dan juga beberapa plastik kecil berisi barang2 pasar. Sementara majikannya hanya membawa dua bag plastik kecil yang nampak ringan sahaja. Semasa hendak menaikki taxi, sipembantu rumah tu juga yang terkial2 memasokkan barang2 kebut taxi seorang diri. Hairan juga memikirkan sikap sesetengah majikan. (Saya katakan sesetengah majikan). Mereka seolah2 tak ada langsong rasa ihsan terhadap pembantu rumah mereka. Memanglah kita pun pernah mendengar dan membaca kisah2 pembantu rumah yang memberi banyak masaalah kepada majikan. Tapi yang nak saya sentuh disini ialah majikan yang sedikit pun tidak menunjokkan sikap timbang rasa. Contohnya majikan diatas. Apalah salahnya dia membawa separuh barang2 yang dibawa pembantu rumahnya? Tak kasihankah dia. Mungkin ada masaalah antara majikan dan pembantu rumah (kerana tak ada tanda2 kemesraan ) tapi apabila majikan memerlukan bantuan pembantu rumah untok membawa barang2 yang banyak, janganlah dibebankan kesemuanya. Lainlah kalau ada trolly.
Satu lagi hal yang selalu saya perhatikan. Pembantu rumah biasanya mendukong anak kecil majikan apabila diluar rumah. Apa salah kalau siibu atau bapa sendiri yang mendukongnya. Ini tidak. Mereka berlenggang suami isteri , berbual, ketawa, sianak dibiarkan bersama pembantu rumah. Sudahlah sianak bersama pembantu rumah semasa mereka bekerja, diwaktu mereka tidak bekerja, sepatutnya inilah masanya mereka mendukong sianak kalau masih kecil atau berjalan bersama sambil memimpin tangan anak . Bukankah ini lebih mendekat dan mengeratkan lagi hubongan mereka. Tidaklah sianak rasa dilupakan. Mungkin ada majikan yang tidak bersependapat dengan saya. Tapi inilah apa yang saya lihat. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan pembantu rumah yang boleh diperkatakan. Ada yang mengharapkan pembantu rumah melakukan kerja2 rumah tanpa rehat. Semuanya mesti tip-top. Alaaahai! Mereka tu pun macam kita juga. Ada rasa penat dan perlukan rehat. Mungkin ada yang kata mereka dibayar gaji untok buat semua kerja rumah, jaga anak majikan dan mungkin orang tua kalau ada. Memang betullah dibayar gaji. Kita yang bekerja, dibayar gaji pun akan merungut penat dan mencari kesempatan untok berehat sebentar bila disuroh buat terlalu banyak kerja. Jadi fikirkanlah masaalah yang dihadapi pembantu rumah dan bertimbang rasalah. Kalau ditempat kerja kita mengharapkan majikan bersikap timbang rasa terhadap pekerja begitu juga pembantu rumah. Kitakan sama2 cari makan. Tak gitu?

August 06, 2008

ANDA BERKENAN?






Sofa cantek ini untok di jual kepada sesiapa yang berminat. Dengan tempat dudok 3 + 1 + 1 dan meja tengah beserta 2 kerusi (armchair), sofa ini amat sesuai untok ruang yang luas. Masih dalam keadaan baik. Harga boleh dirunding. Jika anda berminat dan punya sebarang pertanyaan sila email ke:


namazee.abukassim@gmail.com



August 03, 2008

BERPANTANG MAUT




Tiada siapa yang menyangka bahawa salah seorang mangsa serangan bom diAlhamra Compound, sebuah kediaman ekspatriat diRiyadh pada 2003, adalah rakyat Singapura. Terkejut, terharu dan simpati atas apa yang ditempohinya. Membaca keselurohan berita perjalanan kisah ngeri Cik Sheikha Zulaikha Mattar diakhbar BH baru2 ini, saya merasakan seolah2 sedang menonton sebuah tayangan filem perang. Dapat dirasakan perasaan yang mencengkam beliau pada ketika itu. Walaupun kecederaan yang dialami tidak sampai meragut nyawanya tetapi ia cukup meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya. Sebagaimana yang dikatakan beliau, apa yang berlaku keatas dirinya ada hikmahnya. Akibat kejadian itu kehidupannya kini berubah kepada lebih mendekatkan diri kepada Allah bagi menenangkan hati dan fikirannya. Semoga beliau tabah dan sabar menghadapi hari2 mendatang. InsyaAllah.




ANUGERAH JAUHARI 2008


Tahniah buat Dato' Mohd Zain Abdullah kerana menerima Anugerah Jauhari 2008. Membaca profile beliau antaranya sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan seorang dermawan, rasanya anugerah ini memang sepatutnyalah menjadi milik beliau. Kedermawanannya bukan sahaja untok masyarakat setempat malah melepasi kenegara2 jiran. Ini sesuatu yang membanggakan kita khususnya masyarakat Melayu/Islam dan Singapura khasnya. Yang menarik tentang beliau, walaupun telah mengecapi kekayaan dan kesenangan, beliau tetap merendah diri. Semoga lebih ramai lagi mereka yang berkemampuan mengikut jejak langkah Dato' Zain dalam membantu membangun masyarakat yang memerlukan sokongan agar mampu keluar dari kesempitan hidup dan dapat berdikari .

July 26, 2008

SIBOK NAK RAYA


Bulan Ramadhan akan menjengok kita tidak lama lagi dan disusuli pula dengan bulan Syawal. Kini orang ramai sudah mula meninjau2 pusat membeli belah untok membeli barang2 keperluan raya nanti. Tukang2 jahit baju juga sudah mula menerima tempahan dari para pelanggan mereka. Saya kurang pasti tentang harga yang dikenakan untok sepasang baju kurong. Mungkin melebihi enampuloh dollar. Kerana ini jugalah ada sesetengah orang sanggup menghantar kenegara jiran kerana ada yang menempah untok seisi keluarga. Bayangkan berapa banyak yang dapat dijimatkan walaupun kadang2 terpaksa menempuh kesesakan untok memasukki negara jiran. Itu pilihan masing2 . Tahun ini saya hanya mengambil upah menjahit baju kurong dan langsir dari seorang teman dan ipar. Memang saya menetapkan untok tidak mengambil terlalu banyak tempahan. Menjahit ni hanya sebagai mengisi masa lapang saya saja dan kerana itulah juga saya tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi. Kasihanlah tu konon. Buat diri saya pula, tahun ini nampaknya terpaksalah menukar langsir baru. Walaupun sudah hampir dua tahun mendiami rumah baru saya ni, saya hanya menggunakan kain2 langsir dari rumah lama yang diubah suai ukurannya saja. Berjimat. Anda pula bagaimana? Apa pun kita tidak harus berbelanja sakan untok menyambut raya. Lebih2 lagi dengan keadaan ekonomi kita sekarang dimana harga barang2 semakin meningkat. Berjimat dan berhemahlah bila berbelanja. Dalam sibok membuat persiapan raya jangan pula lupa persiapan menyambut Ramadhan.

July 24, 2008

Masaalah Hilang


Sebelum ini saya tidak begitu yakin dengan produk2 makanan kesihatan. Apalagi setelah mendengar dan membaca berita2 apa yang berlaku keatas sesetengah pengguna. Takut pun ada. Tetapi setelah saya mengalami sakit kaki terutama lutut saya mula memikirkan untok mencuba. Bagi mereka yang mengalami masaalah ini tentu tahu bagaimana sakitnya apabila turun dan naik tangga. Semasa solat pun masaalah.


Kebetulan seorang kawan memperkenalkan kepada saya salah satu jenama produk kesihatan pada pertengahan tahun lalu. Setelah memakan hampir sebotol kecil rasa sakit mula mengurang . Alhamdulillah, kini segala kesukaran2 dan kesakitan yang dahulu mencengkam diri saya sudah hilang. Perasaan ketidakyakinan terhadap produk makanan kesihatan kini juga berubah. Apa yang penting kita harus mencuba dahulu. Cubalah.

MY FIRST POST