July 24, 2009

KUSYEN SULAMAN REBEN


Jadi kusyen juga akhirnya walaupun aku bercadang nak jadikan penghias meja kecil. Tapi dek adanya suara2 yang lebih memihak kepada kusyen, maka ikutkanlah. Cuma terlupa nak taroh renda dek terlampau khusyuk sangat menjahit. Dah hampir selesai menyambong baru perasan. Nak ditetas semula jahitannya, tak kuasa pulak (sebonarnya malas). Akhirnya, kedua2 kusyen ni tak berendalah.






Sekali pandang macam togel gitu. Tapi Tak apalah. Lain kali untok projek yang lain pulak aku akan lebih beringat. Tak mahu gopoh hingga berlaku kesilapan.
Apa pulak projek akan datang eh? Tunggulah.







July 06, 2009

ROSE OH ROSE

Satu lagi motif ros, web ros dan ditambah dengan kelopak2 disekelilingnya. Nampak lebih menarik.
Tiga kuntum web ros yang telah siap

Bertambah menarik lagi setelah ditambah dengan sulaman daun2 dan kudup2 bunga.


Beginilah rupanya hasil kerja yang telah disiapkan.