December 26, 2008

TELOR IKAN PUNYA HAL


Kisah ni terjadi lebih limabelas tahun lalu semasa aku kepasar Eunos. Tiap kali kepasar, tiap kali jugalah aku pening pikirkan apa yang nak dibeli. Pening apa nak masak pun satu hal juga.

Pusing punya pusing, akhirnya aku berhenti disalah satu gerai ikan. Sipenjual ikan sekejap-sekejap menghembuskan asap rokok yang dihisapnya sambil melayan pelanggan. Tak lama kemudian datang seorang nenek. Dia hanya berdiri dan memerhatikan ikan2 tanpa menyentohnya. Kemudian dia bertanya sipenjual ikan, 'pek, itu ikan ada telor tak?' sambil jari telunjoknya menunjok kearah seekor ikan tengiri. Sipenjual ikan tidak terus menjawab pertanyaannya. Dia hanya memandang muka nenek itu sambil senyum. Selepas menghembuskan asap rokoknya dia menjawab selamba. 'Tanya sama itu ikanlah, sudah kahwin kah belum.'

Aku hampir nak tergelak mendengar jawabannya tapi terpaksa aku tahan. Tak sangka aku sipenjual ikan tu memberikan jawaban yang mencuit hati. Aku lihat kearah nenek tadi, dia hanya diam. Tidak menjawab, senyum pun tidak. Malu agaknya. Kemudian dia pun angkat kaki dan beredar dari tempat itu.

No comments: