October 14, 2008

JODOH

ANDARTU - suatu panggilan yang tidak menyenangkan kepada yang empunya diri. Seolah2 ianya satu penghinaan. Bukan niat untok mengata, jauh sekali memperli atau memandang rendah gulongan tersebut. Tapi inilah pandangan segelintir masyarakat kita terhadap wanita2 yang masih belum berumah tangga walaupun usia sudah diperingkat membimbangkan.

Saya sangat2 memahami perasaan mereka kerana saya juga termasuk didalam kategori tersebut sebelum ini. Ya. Saya berumah tangga dalam usia diawal 40an tahun hampir sepuloh tahun lalu. Sepanjang melalui zaman solo itu bermacam2 sindiran dan kata2 yang menyakitkan yang saya dengar. Apa yang saya lakukan ialah mendiamkan diri seolah2 tidak mendengar apa yang diperkatakan kerana memang inilah sikap saya yang tidak suka bertekak. Pada saya tak ada gunanya bertegang urat dengan orang2 seperti itu. Buang masa. Dilain masa ia akan berulang lagi sama ada disengajakan atau tidak. Sudah resminya begitu, nak diapakan.

Seorang teman rapat yang masih solo juga menghadapi masaalah yang sama. Kasihan dia. Pernah dia mangadu hal yang kurang menyenangkan hatinya setiap kali orang bertanyakan statusnya. Sehinggakan adakalanya dia rasa malas hendak menjawab, hanya senyum saja.
Pada saya soalan2 cepumas ini tidak akan habis disitu saja. 'Kepoter' ini akan terus bertanya tanpa jemu, Apabila seseorang itu telah berumah tangga, ditanya pula soal anak. Kalau yang ditanya tu sudah beranak-penak tak mengapalah juga. Apahal jika belum, lebih2 lagi bagi mereka yang sudah bertahun berumah tangga. Tidakkah ini akan menyinggong perasaan mereka.

Belum habis lagi. Bila dikatakan sudah punya anak2, lagi banyaklah yang ingin ditanya. Belajar diperingkat berapa, keputusan peperiksaan macam mana, masok aliran normal atau ekspres dan macam2 lagi. Bila anak dah tamat persekolahan ditanya pula kerja apa. Lepas beberapa tahun jumpa lagi , tanya, 'dah kahwin?'. Dan begitulah seterusnya pertanyaan ini berulang lagi tiada henti. Disebabkan itulah mengapa saya katakan, orang2 ini tak harus dilayan sangat. (Ini pendapat saya).

Soal jodoh hanya Allah yang tahu. Ada yang berkawan dan bercinta bagai nak rak tapi putus juga ditengah jalan. Ada pula tu berkenalan tak lama, tup2 ambil keputusan untok berumah tangga. Sebagai contoh saya sendiri. Pada mulanya saya hanya terima usulan bekas kawan sepejabat untok makan malam dan berkenalan dengan abangnya atas desakan seorang kawan. Katanya tak ada salahnya saya pergi. Untok mengelak dari rasa malu dan kurang selesa saya mengajak seorang rakan sebagai teman saya. Malam tu saya kurang berbual dan rakan saya seolah2 sebagai wakil berbicara.

Pulang kerumah saya tidak memikirkan sangat perkara tersebut sehinggalah sikawan tadi menalipon saya malam itu juga untok mendapatkan kata putus dari saya kerana abangnya sudah pun bersetuju. Terperanjat juga saya dibuatnya. Saya meminta masa sehari dua untok berfikir. Atas nasihat dan pandangan rakan sekerja, saya memberi kata setuju apatah lagi saya pernah mendengar orang berkata, lebih baik berkahwin dengan orang yang menyukai kita dari sebaliknya. Dalam tempoh enam bulan kami pun sah menjadi suami isteri walaupun perasaan cinta dan sayang ketika itu belum ujud. Walaupun boleh dikatakan suami banyak kekurangannya tapi saya yakin, bersyukur dan tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Alhamdulillah, hingga kini hidup kami bahagia. Memang tidak mudah untok mendapatkan pasangan yang betul2 sempurna kerana kita sendiri ada kekurangannya. Inilah yang dikatakan jodoh.

Kesimpulannya, dari pengalaman saya ini, yang penting ialah kita harus membuka minda dan hati kita untok menerima seseorang seadanya dengan ikhlas setelah kita mengetahui latar belakangnya. Tidak salah bersikap memilih tapi biarlah berpada2. Kadang2 orang yang kita tidak suka, sebenarnya itulah orangnya yang akan memberi kita kebahagiaan. Itulah sebenarnya jodoh kita. Pikirkanlah.






No comments: