November 15, 2008

KISAH KELUARGA

Minggu lepas masa aku dan suami sedang dok tunggu bas, tiba2 sorang lelaki Cina ni, adalah dalam lingkungan umur 60an tahun, tanya bas mana yang keGeylang. Aku bagi tahulah. Lepas tu, dia ceritalah yang dia dulu pernah tinggal dikawasan pusat tukaran bas dimana kami berada masa tu. Masa tu masih lagi dengan rumah2 kampong. Sekarang ....cheng jeng jeng....dah mula dah cerita sedih. Tapi muka dia tak nampak sedih pun. Steady aja.

Menurut katanya, dia sekeluarga pindah dari rumah kampong kerumah pangsa dikawasan yang sama juga selepas pembangunan semula kawasan tersebut. Maklum, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain dari kecil. Suka sangat dia dengan tempat tu.

Beberapa tahun kemudian, anak2 dah membesar, dah kahwin, isteri pun meninggal dunia beberapa tahun lepas. Dia tinggal dengan salah sorang anak lelakinya. Tak lama lepas tu, dia terpaksa keluar dari rumah tersebut kerana rumahnya terpaksa dijual atas kehendak menantu. Wang, alaahai. Kalau dia yang dapat takdalah dia bercerita kan?

Namun begitu dia ni taklah merempat sebab katanya dia kadang2 balek kampong diJohor. Ada rumah disana. Alkisah. Patutlah tak nampak sedih pun cuma nampak jengkel dan marah bila cakap pasal menantunya. Geram dengan anak lelakinya yang menurut kata sang isteri saja. Dah jodoh anak dialah kan. Sebelum tamat ceritanya dia kata apa yang berlaku tak kira bangsa. Baik dalam keluarga Melayu, Cina atau India sama saja. Aku dan suami setuju sangat seratus peratus. Hai.....tak dapat dengar pentas radio pagi tu dapat pulak dengar kisah keluarga tanpa diundang.

Kebetulan bas kami tiba dan sebelum sempat kami ucapkan kata2 dia dah terlebih dulu pesan pada kami agar berhati2 dijalanan. Hm......

No comments: