May 29, 2009

SULAMAN REBEN

Buat masa ni, aku sedang cuba menghabiskan sulaman bunga reben untok kusyen. Ini percubaan kedua dan bunga yang lebih rumit sedikit (bagi yang baru belajar seperti aku) yang aku cuba. Semua peralatan yang digunakan aku dapatkan dari PnAnn sendiri. Special Order you! Walaupun kurang sempurna namun aku rasa....ok jugaklah. Almaklumlah kan.


Gambar bawah, aku mengambil masa dua hari untok menyiapkannya.




Folded Ribbon Rose. Terkial2 aku nak buat rose jenis ni. Tapi akhirnya menjadi juga.


Ini pulak Web Rose. Rasanya aku kurang puas hati dengan kesudahannya. Macam kurang menarik gitu. Nampaknya aku kena banyak berlatih membuatnya.

Alamak! Mintak maaf kerana gambar kurang jelas.



Masok hari keempat, hampir siap sepenuhnya. Hanya perlu ditambah daun2 kecil ditempat2 tertentu.



Mudah2an aku dapat menyudahkan sulaman ini tidak lama lagi. Dapatlah nanti aku tayangkannya ya. Tunggu ajelah.






May 19, 2009

AKU DAN LABU

Kali ni aku nak cerita sikit tentang suami aku. Dia ni, orangnya memang tak banyak songeh. Pendiam. Nak tengok dia ketawa terkekek2? Jauh sekali. Tak macam aku. Diam2 aku pun, kuat ketawa juga. Kalau tengok filem2 komedi pun, kita takkan dengar suara tawanya. Agaknya ketawa dalam hati. Heran jugak aku. Takkanlah bila tak banyak cakap, ketawa pun kurang, kan? Tapi itulah kenyataannya.
Walaupun begitu, sekali sekala keluar juga kata2 yang lucu darinya. Walaupun lucu tapi muka dia selamba je. Aku pulak yang ketawa gelihati.
Ceritanya begini. Aku ni lemah semangat sikit. Mudah terkejut dan terperanjat. Pernah satu hari tu, secara tak sengaja aku terpijak cicak semasa sedang mengemas rumah. Sangka aku, getah tapi bila aku lihat cicak, apalagi, terlompat2lah aku kerana geli. Suami hanya tengok je sambil senyum.
Yang kelakarnya, satu hari tu, selepas makan malam, sedang aku nak kedapur dengan pinggan mangkok kotor tu, dia kata, 'biar abang bawak. Takut nanti cicak melintas, dah... jadi macam Labu pulak.'
Bila mendengar kata2nya tu dan teringatkan cerita Labu Labi, aku terus ketawa gelihati. Macam perli aku aje. Jadi setiap kali bila aku sedang mengangkat barang, lebih2 lagi barang mudah pecah, dia akan selalu mengingatkan aku supaya berhati2. Siapalah tahu tiba2 melintas makhlok kecil yang tak diundang, hah...tak ke berteraboh dibuatnya nanti?


May 08, 2009

INDAHNYA KATA-KATA

Beberapa hari lalu aku terima pesanan ringkas (sms) dari seorang teman. Kata2 pesanan ringkas tu sunggoh menarik dan indah. Cuba amati dan hayatinya:

THERE IS NO WORD AS BEAUTIFUL AS ALLAH.


NO EXAMPLE AS BEAUTIFUL AS RASULULLAH.


NO LESSON AS BEAUTIFUL AS ISLAM.


NO SONG AS MELODIOUS AS AZAN.


NO CHARITY AS MEANINGFUL AS ZAKAAT.


NO ENCYCLOPEDIA AS PERFECT AS ALQUR'AN.


NO EXERCISE AS PERFECT AS SOLAT.


NO DIET AS PERFECT AS FASTING.


NO JOURNEY AS PERFECT AS HAJI.


LETS REALIZE THAT ISLAM IS EVER BEAUTIFUL N PERFECT!


Bagaimana, indah bukan? Terima kasih kepada teman yang mengirimkannya.