August 20, 2008

SEKILAS PANDANG



Seperti biasa Ahad lepas saya kepasar tempat kediaman saya. Sementara menunggu suami, saya memerhatikan orang2 yang lalu lalang didepan kedai kopi tempat saya dudok. Dalam ramai2 orang yang lalu disitu, mata saya asyik memandang kearah seorang pembantu rumah yang berjalan dibelakang seorang wanita umur dalam lingkungan lewat 50an atau awal 60an tahun. Tetapi berbadan agak tegap dan tinggi manakala pembantu rumahnya pula berbadan kecil. Timbul rasa belas terhadap pembantu rumah itu kerana terlalu banyak barang yang terpaksa dibawa. Cuba pikir. Dibahu kiri menggendong plastik merah besar yang kelihatan agak berat. Dibahu kanan juga begitu. Ditangan pula membawa tempat penggosok baju yang sederhana besar dan juga beberapa plastik kecil berisi barang2 pasar. Sementara majikannya hanya membawa dua bag plastik kecil yang nampak ringan sahaja. Semasa hendak menaikki taxi, sipembantu rumah tu juga yang terkial2 memasokkan barang2 kebut taxi seorang diri. Hairan juga memikirkan sikap sesetengah majikan. (Saya katakan sesetengah majikan). Mereka seolah2 tak ada langsong rasa ihsan terhadap pembantu rumah mereka. Memanglah kita pun pernah mendengar dan membaca kisah2 pembantu rumah yang memberi banyak masaalah kepada majikan. Tapi yang nak saya sentuh disini ialah majikan yang sedikit pun tidak menunjokkan sikap timbang rasa. Contohnya majikan diatas. Apalah salahnya dia membawa separuh barang2 yang dibawa pembantu rumahnya? Tak kasihankah dia. Mungkin ada masaalah antara majikan dan pembantu rumah (kerana tak ada tanda2 kemesraan ) tapi apabila majikan memerlukan bantuan pembantu rumah untok membawa barang2 yang banyak, janganlah dibebankan kesemuanya. Lainlah kalau ada trolly.
Satu lagi hal yang selalu saya perhatikan. Pembantu rumah biasanya mendukong anak kecil majikan apabila diluar rumah. Apa salah kalau siibu atau bapa sendiri yang mendukongnya. Ini tidak. Mereka berlenggang suami isteri , berbual, ketawa, sianak dibiarkan bersama pembantu rumah. Sudahlah sianak bersama pembantu rumah semasa mereka bekerja, diwaktu mereka tidak bekerja, sepatutnya inilah masanya mereka mendukong sianak kalau masih kecil atau berjalan bersama sambil memimpin tangan anak . Bukankah ini lebih mendekat dan mengeratkan lagi hubongan mereka. Tidaklah sianak rasa dilupakan. Mungkin ada majikan yang tidak bersependapat dengan saya. Tapi inilah apa yang saya lihat. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan pembantu rumah yang boleh diperkatakan. Ada yang mengharapkan pembantu rumah melakukan kerja2 rumah tanpa rehat. Semuanya mesti tip-top. Alaaahai! Mereka tu pun macam kita juga. Ada rasa penat dan perlukan rehat. Mungkin ada yang kata mereka dibayar gaji untok buat semua kerja rumah, jaga anak majikan dan mungkin orang tua kalau ada. Memang betullah dibayar gaji. Kita yang bekerja, dibayar gaji pun akan merungut penat dan mencari kesempatan untok berehat sebentar bila disuroh buat terlalu banyak kerja. Jadi fikirkanlah masaalah yang dihadapi pembantu rumah dan bertimbang rasalah. Kalau ditempat kerja kita mengharapkan majikan bersikap timbang rasa terhadap pekerja begitu juga pembantu rumah. Kitakan sama2 cari makan. Tak gitu?

No comments: