December 22, 2011

PERSONAL CLASS (21/12/2012)

Mengikuti kelas persendirian bersama puan Sharifah Rogayah.



Walnut cake yang sudah ditutupi chocolate dan taburan sedikit walnut sebagai hiasan

Fruit Gatteu
Pastri tarts dan walnut cakes

Blueberry Cheese Tarts yang sudah siap

Bersama apa yang telah dihasilkan

December 17, 2011

MENU HARI INI

menu hari ni, gulai nenas, asparagus goreng sambal belacan dan ikan kembong goreng.  Macam dah lama tak masak gulai nenas. Cium bau aja dah eeemmmm.....syiooook!!! Puji diri sendiri...hehehee.

December 09, 2011

KELAS CHEESE CAKES

Meluangkan masa belajar membuat 3jenis cheese cakes



SAJIAN AIDILADHA

Sajian ringkas semasa Aidiladha lepas
lauk ayam masak tomato, pacri nenas dan nasi ala nasi minyak

marble cake

SEMINGGU SEBELUM AIDILFITRI

Seminggu sebelum Aidilfitri, sedikit 'pembetulan' telah dilakukan dibahagian dapur dan ruang tamu.

siling dapur selepas di'tampal'.
kabinet - mana2 yg perlu ditutup untok mengelak habok

keretakan ditembok ruang tamu setelah diplaster

sofa terpaksa diselimutkan



July 20, 2011

BERCUTI KESOUTH AFRICA

Pandangan Table Mountain dari Signal Hill

Awal bulan June lepas, aku bercuti keMauritius dan Afrika Selatan. Seperti biasalah kalau bercuti tu aku pergi bersama kawan baik aku. Suami not interested. Jadi, jangan buang masa nak pujuk dia ikut sama.


Dari Singapura rombongan kami terus keMauritius. Orang katalah ya, pantainya cantek. Tapi sayangnya kami hanya berpeluang tinggal semalam saja disana. Tak berpeluang langsung nak bersantai ditepi pantai kerana kesuntukkan masa. Esoknya, kami harus berangkat kelapangan terbang sekitar enam pagi selepas sarapan. Macam bersahur gitulah.


Dari Mauritius, kami keCape Town. Cape Town ni banyak tempat menarik untok dilawati. Yang paling popular ialah Table Mountain. Rombongan kami hampir-hampir kecewa untok kesana kerana keadaan cuaca dan angin. Aturcara kami terpaksa ditukar.


Namun pada hari terakhir kami diCape Town, cuaca pagi tu bertambah baik dan kami berpeluang kepuncak juga akhirnya. Tak kempunanlah. Selepas tu kami keairport untok keJohannesburg pula.


DiJohannesburg, kami keSoweto. Disini kami kekediaman Mandela dan beberapa tempat lagi. Dapat kami melihat kehidupan dan kediaman penduduk miskin disana yang membuat kami rasa betapa beruntungnya kita disini. Punya tempat tinggal yang selesa. Segalanya cukup.


Tiba hari untok pulang keSingapura. Kami transit diMauritius untok tukar pesawat sebelum transit lagi dilapangan terbang Kuala Lumpur. Dan akhirnya kami mendarat dilapangan terbang Changi dengan selamatnya.


(boleh kelaman: sharemymemories-zeezee.blogspot.com untok melihat gambar)

PINDAH RUMAH LAGI

Awal tahun ni aku pindah masuk rumah baru walaupun rumah jual semula. Downgrade lagi. Sebelum ni aku dah downgrade dari flat jenis executive diPasir Ris keflat lima bilik diSembawang setelah lebih empatbelas tahun mendiaminya. Konon nak dekat dengan abang sulonglah tu. Tapi lepas hampir empat tahun, bosan dibuatnya.
Memang, dulu-dulu tu aku tak begitu suka tinggal dekat dengan central. Bingitlah. Aku lebih suka tempat tinggal yang jauh dari keriuhan dan kesibukan. Rasa aman gitu. Tapi lama kelamaan aku jadi bosan.
Lalu aku ambil keputusan jual rumah tu dan downgrade lagi keflat tiga bilik diTampines. Balik kekawasan timur lagi nampaknya. Kali ni aku pilih rumah dekat dengan kemudahan - pusat tukaran bas, stesen mrt, pusat membeli belah dan apa lagi kalau bukan tempat makan. Penting tu. Walaupun terpaksa membayar lebih sedikit untok flat tersebut tapi aku puas. Ada yang tanya, kenapa tak beli flat empat bilik? Luas, besar dan selesa sikit dari tiga bilik.
Pertama, kerana kehendak suami. Kedua, aku dah tak larat nak kemas rumah yang besar. Rumah kecik ni oklah juga. Senang sikit kerja aku. Ketiga, rancangan masa depan. Sedang dalam pertimbangan. Tunggu dan lihatlah selepas suami pencen. Hahaha....
Minggu lepas, ada dua majlis perkahwinan didua block. Sebelah menyebelah pulak tu. Betul-betul depan block aku ni. Majlis perkahwinan pertama sejak berpindah kesini. Apalagi, aku rasa betul punya seronoklah. Meriah sunggoh. Ni, belum lagi hariraya. Lagilah happening agaknya. Tak sabar gitu. Hmmmm....