April 14, 2010

INTERMEDIATE CAKE DECORATION - 13/4/2010

Intermediate workshop - kesinambungan dari workshop pertama. Hari ini peserta diajar cara membuat kek bertingkat dan cara-cara membuat beberapa design. Lima jam rasanya tidak mencukupi. Antara photo-photo yang sempat diambil.

Umi, pembantu Riza

Riza sedang menunjukcara kepada peserta. Dibelakang sekali, Leena, orang kuat Riza.

antara kek-kek yang telah disiapkan

inilah hasil kerja tangan ku. walaupun nampak mudah tapi sebagai orang baru belajar, terkial-kial juga dibuatnya. biasalah kan.

sijil penyertaan setelah tamat menghadiri kursus dua hari.

BASIC CAKE DECORATION - 6/4/2010

Mengikuti klas membuat fondant dan sugarflowers dari Riza, sifu dan juga pengasas Sugarly Nice. Dek khusyuk sangat hingga lupa nak ambil gambar semasa proses menyiapkan fondant kek. Namun boleh melihat photo-photo yang lain dilaman facebook .

bersama Riza


hm....gabungan warnanya seakan nak sambut hari natal pulak.


inilah hasilnya, simple saja.

April 06, 2010

MY NIECE'S ENGAGEMENT CAKE

Pertunangan anak saudara suami yang berlangsung minggu lepas, 4/4/2010. Persiapan kek hantaran pula diserahkan kepada aku untok membuatnya. Gementar dan berdebar juga bila mula membuatnya. Maklumlah. Inilah pertama kali aku membuatnya untok sesuatu majlis. Bimbang tak menjadi, haru-biru dibuatnya nanti. Namun, semuanya beres. Alhamdulillah.