December 28, 2008

OOOPS...MAAF CIKGU


Semasa disekolah menengah dulu ada seorang guru lelaki yang mengajar mata pelajaran Technical /Building Drawing diklas ku. Sekolah teknikallah katakan. Orangnya tak lah tinggi. Comel, kata orang tu. Namun orangnya baik dan boleh diajak bergurau tapi kena tengok pada keadaan.

Diklas, aku ada seorang kawan rapat(pompuan tau) namanya cukup kalau aku sebut Z aja. Masa tu aku dan Z antara pelajar yang dudok dibahagian depan sekali. Jadi kami kira lebih dekat dan mudah untok berinteraksi dengan guru. Sedihnya masok tahun ketiga, kawan ku berpindah keMelaka dan menyambong persekolahannya disana. Sesekali kami akan mengutus surat agar tidak putus persahabatan kami.

Ditahun ketiga guru comel kami tu, cikgu R, masih mengajar diklas aku. Jadi, satu hari tu, selepas mengajar, dia pun berbual2 dengan kami. Kebetulan aku baru terima surat dari Z beberapa hari lepas dan dia ada mengirim salam untok cikgu R. Bila aku beritahu cikgu, dia rasa gembira. Ya lah, sekurang2nya anak muridnya masih ingatkan dia walaupun dah berpindah tempat. Kemudian dia bertanya samada surat Z ada bersama aku ketika itu. Kalau ada dia nak juga membacanya. Nak tahu juga apa perkembangan bekas anak muridnya itu. Surat tu memang aku bawa lalu ku berikan padanya.

Selesai membaca dia berkata,'oooo, dia umpat saya ya. Dia panggil saya cikgu pendek' sambil memandang kearah aku. Tapi tak marah malah ketawa. Murid2 lain pun turut ketawa sama. Tiba2 aku baru teringat akan perkara itu. Aku rasa kesal pulak kerana memberikan surat itu padanya tapi apa nak buat. Perkara dah terjadi. Walau bagaimana pun cikgu pesan kat aku, jangan lupa beritahu dia kalau ada berita dari Z. Murid kesayanganlah katakan.

Hingga kini, walau pun sudah lebih tiga puloh tahun dan Z pun dah menetap di Shah Alam, kami masih terus berhubongan. Jangan marah Z dan selamat maju jaya.

December 26, 2008

TELOR IKAN PUNYA HAL


Kisah ni terjadi lebih limabelas tahun lalu semasa aku kepasar Eunos. Tiap kali kepasar, tiap kali jugalah aku pening pikirkan apa yang nak dibeli. Pening apa nak masak pun satu hal juga.

Pusing punya pusing, akhirnya aku berhenti disalah satu gerai ikan. Sipenjual ikan sekejap-sekejap menghembuskan asap rokok yang dihisapnya sambil melayan pelanggan. Tak lama kemudian datang seorang nenek. Dia hanya berdiri dan memerhatikan ikan2 tanpa menyentohnya. Kemudian dia bertanya sipenjual ikan, 'pek, itu ikan ada telor tak?' sambil jari telunjoknya menunjok kearah seekor ikan tengiri. Sipenjual ikan tidak terus menjawab pertanyaannya. Dia hanya memandang muka nenek itu sambil senyum. Selepas menghembuskan asap rokoknya dia menjawab selamba. 'Tanya sama itu ikanlah, sudah kahwin kah belum.'

Aku hampir nak tergelak mendengar jawabannya tapi terpaksa aku tahan. Tak sangka aku sipenjual ikan tu memberikan jawaban yang mencuit hati. Aku lihat kearah nenek tadi, dia hanya diam. Tidak menjawab, senyum pun tidak. Malu agaknya. Kemudian dia pun angkat kaki dan beredar dari tempat itu.

December 24, 2008

KACA MATA HITAM


Kepala otak kita ni dah penat pikir perkara2 yang memeningkan dan yang membebankan. Jadi aku pikir lebih baik kita tenangkan fikiran dengan cerita2 lucu. Moga2 terhibur sikit,kan?


Buat permulaan, aku ingin ceritakan kisah aku semasa bercuti keNew Zealand pertengahan tahun ini. Walaupun ketika itu diawal musim sejok, ada ketikanya terasa dipanah mentari pagi. Jadi terasa silau jugalah mata ni. Aku memang tak pernah bergaya dengan kaca mata hitam. Tapi disana dek nak melaram sikit aku pun belilah satu. Yang murah aja. Lepas beli terus balek kehotel kerana dah nak maghrib.


Sampai dibilek hotel, kawan sebilek menghidupkan lampu sementara aku terus mencuba kaca mata baru ku. Sejurus dipakai aku terus pekik perlahan kat kawan,'Tin, apasal kau off lampu? Bukaklah, aku nak tengok cermin ni'. Kawan aku pun pekik balek kat aku,'oi! Kau tu pakai sunglasslah. Mana tak gelap. Kau tu ok ke tak. Apa dah'.


Inilah gara2 tak pernah berkaca mata hitam.