July 25, 2010

INTENSIVE ROYAL ICING TECHNIQUE (5th & 12th JULY)









June 02, 2010

BALIK KAMPONG

Bila balik kampong ni kan, abang ku sebagai pemandu akan bawa kami sekeluarga meronda ketempat-tempat yang belum pernah kami pergi. Pantang dengar ada tempat makan tepi laut, kami akan pergi cari. Seperti photo dibawah ni, kalau tak silap aku diAnjung Batu (betul ke?) Tapi cakap pasal makan ni, kami sering kemedan selera diCrystal Bay untok makan malam. Ok lah.








Ini dijeti Tedung, salah satu tempat yang amat menarik perhatian ku.



Bandar Baru Merlimau bakal menjadi kenyataan.

May 26, 2010

CLAY ROSE

Takde fondant, clay pun jadilah untok latihan.





CUPCAKE DECORATING CLASS

Kali ini berguru pula dengan Izah dari Izahskitchen. Menghias cupcakes menggunakan fondant dan buttercream.



Izah (berapron) gelihati nampak.

cupcakes yang disiapkan oleh tujuh pelajar.


April 14, 2010

INTERMEDIATE CAKE DECORATION - 13/4/2010

Intermediate workshop - kesinambungan dari workshop pertama. Hari ini peserta diajar cara membuat kek bertingkat dan cara-cara membuat beberapa design. Lima jam rasanya tidak mencukupi. Antara photo-photo yang sempat diambil.

Umi, pembantu Riza

Riza sedang menunjukcara kepada peserta. Dibelakang sekali, Leena, orang kuat Riza.

antara kek-kek yang telah disiapkan

inilah hasil kerja tangan ku. walaupun nampak mudah tapi sebagai orang baru belajar, terkial-kial juga dibuatnya. biasalah kan.

sijil penyertaan setelah tamat menghadiri kursus dua hari.

BASIC CAKE DECORATION - 6/4/2010

Mengikuti klas membuat fondant dan sugarflowers dari Riza, sifu dan juga pengasas Sugarly Nice. Dek khusyuk sangat hingga lupa nak ambil gambar semasa proses menyiapkan fondant kek. Namun boleh melihat photo-photo yang lain dilaman facebook .

bersama Riza


hm....gabungan warnanya seakan nak sambut hari natal pulak.


inilah hasilnya, simple saja.

April 06, 2010

MY NIECE'S ENGAGEMENT CAKE

Pertunangan anak saudara suami yang berlangsung minggu lepas, 4/4/2010. Persiapan kek hantaran pula diserahkan kepada aku untok membuatnya. Gementar dan berdebar juga bila mula membuatnya. Maklumlah. Inilah pertama kali aku membuatnya untok sesuatu majlis. Bimbang tak menjadi, haru-biru dibuatnya nanti. Namun, semuanya beres. Alhamdulillah.


March 05, 2010

SAMBUTAN HARIJADI GURU

27hb Feb lepas, aku berkesempatan bersama-sama sebahagian bekas penuntut Upper Serangoon Technical School (USTS), berkumpul untok menyambut hari ulangtahun salah seorang bekas guru kami. Bertempat diPondok Jawa Timor, seramai limabelas orang kesemuanya yang hadir. Ini adalah kali pertama aku bersama-sama dalam perjumpaan bekas penuntut USTS. Itu pun setelah aku 'berjumpa' dengan sebahagian bekas penuntut-penuntut dilaman facebook. Oklah. Tak perlulah nak cerita panjang. Tataplah wajah-wajah ceria dimajlis tersebut yang dapat dimuatkan disini.
Sebahagian yang hadir bergambar bersama cikgu
Orang kuat yang menganjurkan majlis ini, Hanna (gambar kiri)
Kek hari ulangtahun untok Cikgu Sukaimi Kegan

Jamalia (kanan), kawan dari sekolah rendah lagi

Bersama kawan rapat dari sekolah rendah hinggalah kemenengah, Misliah (kanan)

Seorang lagi kawan sejak dari sekolah rendah, Nasiah (Enn)

Maaf, gambar kurang jelas (cameragirl nak kena potong gaji). Kami berdua wakil dari menengah 4AW

Sementara menunggu kemunculan yang lain, kami berempat bergambar dulu bersama cikgu.

February 14, 2010

SET CADAR (KE2)

Set cadar ni dah lama siap selepas menyiapkan keperluan bilik pengantin November lepas. Oleh kerana si mak pengantin ni dah terbeli extra kain, aku diminta menjahitkan satu lagi set cadar untok anaknya. Mulanya aku diminta menjahit cadar yang simple tanpa ropol. Tapi dek kerana ada kelebihan kain lace dan cukup untok cadar dan bantal, aku jahitkan berlapikkan kain asas dan beropol pada bantal dan cadar. Kerja lebih sikitlah. Suka betul sianak. Boleh pakai masa raya nanti, katanya. Jimat belanja.