August 27, 2008

ADA KE PATUT?

Sementara menunggu ketibaan pesawat yang dinaikki anak saudara saya pulang dari Hongkong beberapa bulan lepas, saya, suami, abang dan ipar, dudok minum disalah satu tempat makan diterminal 1 sambil berbual kisah keluarga. Biasalah tu. Kemudian timbul pula kisah salah seorang saudara sebelah ipar yang pergi melancong seisi keluarga. Musim cuti sekolahlah katakan. Tapi bukan itu yang menjadi keperihatinan saya. Menurut ipar, setiap kali ada antara adik beradik mereka melancong, ibu mereka yang uzor akan dihantar kerumah tumpangan orang2 tua. Senang, kata mereka. Sekurang2nya ada yang menjaganya, makan minum terjaga, sakit pening mereka tidak bimbang. Saya bertanya ipar, masakan adik beradik yang lain tidak boleh mengambil alih menjaga ibu mereka. Yang pergi melancong hanya satu keluarga sedangkan yang lain masih ada dirumah. Apa salahnya ibu mereka diletakkan dirumah salah seorang dari mereka. Walaupun alasannya yang mereka bekerja tetapi pada saya sesuatu boleh dilakukan. Misalnya mereka boleh bergilir2 mengambil cuti seandainya ada antara mereka yang tidak boleh mengambil cuti panjang. Sekiranya mereka ada rasa tanggong jawab, perkara begini pasti tidak akan berlaku. Bermuafakatan perlu ada. Dengan menghantar orang tua kerumah tumpangan setiap kali ada yang pergi melancong seolah2 masing2 ingin melepaskan tanggongjawab menjaga orang tua mereka. Rasa marah juga didalam hati ini. Tidakkah mereka fikirkan perasaan ibu mereka. Janganlah kerana orang tua tu dah tak berdaya lagi, dah tak boleh membantah , mereka sewenang2nya membuat keputusan yang menyedihkan. Walau apa pun alasan mereka, saya rasa perkara begitu memang tak patut dilakukan. Saya seakan dapat rasakan kesedihan ibu itu.
Berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan salah seorang abang saya. Walaupun dia bergaji hari namun dia dengan senang hati mengambil cuti setiap kali saya pergi bercuti. Sedikit pun dia tidak merungut kerana terpaksa menemani ibu kami yang telah uzor dan perlukan seseorang menemaninya. Pernah juga saya mencadangkan agar abang tua saya yang menjaganya sementara ketiadaan saya tetapi dia enggan. Kesediaan dan pengorbanannya itu sekurang2nya melegakan hati dan fikiran saya semasa bercuti. (Surirumah pun perlukan rehat oiii!).

August 20, 2008

SEKILAS PANDANG



Seperti biasa Ahad lepas saya kepasar tempat kediaman saya. Sementara menunggu suami, saya memerhatikan orang2 yang lalu lalang didepan kedai kopi tempat saya dudok. Dalam ramai2 orang yang lalu disitu, mata saya asyik memandang kearah seorang pembantu rumah yang berjalan dibelakang seorang wanita umur dalam lingkungan lewat 50an atau awal 60an tahun. Tetapi berbadan agak tegap dan tinggi manakala pembantu rumahnya pula berbadan kecil. Timbul rasa belas terhadap pembantu rumah itu kerana terlalu banyak barang yang terpaksa dibawa. Cuba pikir. Dibahu kiri menggendong plastik merah besar yang kelihatan agak berat. Dibahu kanan juga begitu. Ditangan pula membawa tempat penggosok baju yang sederhana besar dan juga beberapa plastik kecil berisi barang2 pasar. Sementara majikannya hanya membawa dua bag plastik kecil yang nampak ringan sahaja. Semasa hendak menaikki taxi, sipembantu rumah tu juga yang terkial2 memasokkan barang2 kebut taxi seorang diri. Hairan juga memikirkan sikap sesetengah majikan. (Saya katakan sesetengah majikan). Mereka seolah2 tak ada langsong rasa ihsan terhadap pembantu rumah mereka. Memanglah kita pun pernah mendengar dan membaca kisah2 pembantu rumah yang memberi banyak masaalah kepada majikan. Tapi yang nak saya sentuh disini ialah majikan yang sedikit pun tidak menunjokkan sikap timbang rasa. Contohnya majikan diatas. Apalah salahnya dia membawa separuh barang2 yang dibawa pembantu rumahnya? Tak kasihankah dia. Mungkin ada masaalah antara majikan dan pembantu rumah (kerana tak ada tanda2 kemesraan ) tapi apabila majikan memerlukan bantuan pembantu rumah untok membawa barang2 yang banyak, janganlah dibebankan kesemuanya. Lainlah kalau ada trolly.
Satu lagi hal yang selalu saya perhatikan. Pembantu rumah biasanya mendukong anak kecil majikan apabila diluar rumah. Apa salah kalau siibu atau bapa sendiri yang mendukongnya. Ini tidak. Mereka berlenggang suami isteri , berbual, ketawa, sianak dibiarkan bersama pembantu rumah. Sudahlah sianak bersama pembantu rumah semasa mereka bekerja, diwaktu mereka tidak bekerja, sepatutnya inilah masanya mereka mendukong sianak kalau masih kecil atau berjalan bersama sambil memimpin tangan anak . Bukankah ini lebih mendekat dan mengeratkan lagi hubongan mereka. Tidaklah sianak rasa dilupakan. Mungkin ada majikan yang tidak bersependapat dengan saya. Tapi inilah apa yang saya lihat. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan pembantu rumah yang boleh diperkatakan. Ada yang mengharapkan pembantu rumah melakukan kerja2 rumah tanpa rehat. Semuanya mesti tip-top. Alaaahai! Mereka tu pun macam kita juga. Ada rasa penat dan perlukan rehat. Mungkin ada yang kata mereka dibayar gaji untok buat semua kerja rumah, jaga anak majikan dan mungkin orang tua kalau ada. Memang betullah dibayar gaji. Kita yang bekerja, dibayar gaji pun akan merungut penat dan mencari kesempatan untok berehat sebentar bila disuroh buat terlalu banyak kerja. Jadi fikirkanlah masaalah yang dihadapi pembantu rumah dan bertimbang rasalah. Kalau ditempat kerja kita mengharapkan majikan bersikap timbang rasa terhadap pekerja begitu juga pembantu rumah. Kitakan sama2 cari makan. Tak gitu?

August 06, 2008

ANDA BERKENAN?






Sofa cantek ini untok di jual kepada sesiapa yang berminat. Dengan tempat dudok 3 + 1 + 1 dan meja tengah beserta 2 kerusi (armchair), sofa ini amat sesuai untok ruang yang luas. Masih dalam keadaan baik. Harga boleh dirunding. Jika anda berminat dan punya sebarang pertanyaan sila email ke:


namazee.abukassim@gmail.com



August 03, 2008

BERPANTANG MAUT




Tiada siapa yang menyangka bahawa salah seorang mangsa serangan bom diAlhamra Compound, sebuah kediaman ekspatriat diRiyadh pada 2003, adalah rakyat Singapura. Terkejut, terharu dan simpati atas apa yang ditempohinya. Membaca keselurohan berita perjalanan kisah ngeri Cik Sheikha Zulaikha Mattar diakhbar BH baru2 ini, saya merasakan seolah2 sedang menonton sebuah tayangan filem perang. Dapat dirasakan perasaan yang mencengkam beliau pada ketika itu. Walaupun kecederaan yang dialami tidak sampai meragut nyawanya tetapi ia cukup meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya. Sebagaimana yang dikatakan beliau, apa yang berlaku keatas dirinya ada hikmahnya. Akibat kejadian itu kehidupannya kini berubah kepada lebih mendekatkan diri kepada Allah bagi menenangkan hati dan fikirannya. Semoga beliau tabah dan sabar menghadapi hari2 mendatang. InsyaAllah.




ANUGERAH JAUHARI 2008


Tahniah buat Dato' Mohd Zain Abdullah kerana menerima Anugerah Jauhari 2008. Membaca profile beliau antaranya sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan seorang dermawan, rasanya anugerah ini memang sepatutnyalah menjadi milik beliau. Kedermawanannya bukan sahaja untok masyarakat setempat malah melepasi kenegara2 jiran. Ini sesuatu yang membanggakan kita khususnya masyarakat Melayu/Islam dan Singapura khasnya. Yang menarik tentang beliau, walaupun telah mengecapi kekayaan dan kesenangan, beliau tetap merendah diri. Semoga lebih ramai lagi mereka yang berkemampuan mengikut jejak langkah Dato' Zain dalam membantu membangun masyarakat yang memerlukan sokongan agar mampu keluar dari kesempitan hidup dan dapat berdikari .