December 28, 2008

OOOPS...MAAF CIKGU


Semasa disekolah menengah dulu ada seorang guru lelaki yang mengajar mata pelajaran Technical /Building Drawing diklas ku. Sekolah teknikallah katakan. Orangnya tak lah tinggi. Comel, kata orang tu. Namun orangnya baik dan boleh diajak bergurau tapi kena tengok pada keadaan.

Diklas, aku ada seorang kawan rapat(pompuan tau) namanya cukup kalau aku sebut Z aja. Masa tu aku dan Z antara pelajar yang dudok dibahagian depan sekali. Jadi kami kira lebih dekat dan mudah untok berinteraksi dengan guru. Sedihnya masok tahun ketiga, kawan ku berpindah keMelaka dan menyambong persekolahannya disana. Sesekali kami akan mengutus surat agar tidak putus persahabatan kami.

Ditahun ketiga guru comel kami tu, cikgu R, masih mengajar diklas aku. Jadi, satu hari tu, selepas mengajar, dia pun berbual2 dengan kami. Kebetulan aku baru terima surat dari Z beberapa hari lepas dan dia ada mengirim salam untok cikgu R. Bila aku beritahu cikgu, dia rasa gembira. Ya lah, sekurang2nya anak muridnya masih ingatkan dia walaupun dah berpindah tempat. Kemudian dia bertanya samada surat Z ada bersama aku ketika itu. Kalau ada dia nak juga membacanya. Nak tahu juga apa perkembangan bekas anak muridnya itu. Surat tu memang aku bawa lalu ku berikan padanya.

Selesai membaca dia berkata,'oooo, dia umpat saya ya. Dia panggil saya cikgu pendek' sambil memandang kearah aku. Tapi tak marah malah ketawa. Murid2 lain pun turut ketawa sama. Tiba2 aku baru teringat akan perkara itu. Aku rasa kesal pulak kerana memberikan surat itu padanya tapi apa nak buat. Perkara dah terjadi. Walau bagaimana pun cikgu pesan kat aku, jangan lupa beritahu dia kalau ada berita dari Z. Murid kesayanganlah katakan.

Hingga kini, walau pun sudah lebih tiga puloh tahun dan Z pun dah menetap di Shah Alam, kami masih terus berhubongan. Jangan marah Z dan selamat maju jaya.

No comments: