June 19, 2009

BERSYUKUR APA YANG ADA

Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang kesepuloh. BARU sepuloh tahun. Aku hampir lupa hari bersejarah ni. Hubby lagi lah punya lupa tapi bila diberitahu, apa yang dia jawab? 'Ha ah ye.' Itu aja.

Sebelum berkahwin dulu, aku sering melihat teman2 yang sudah berumahtangga begitu seronok dan gembira bila bercakap tentang sambutan ulangtahun perkahwinan mereka. Ada yang dengan bangga memberitahu hadiah yang diberi suami. Pada aku mereka orang yang bertuah kerana mendapat suami yang selalu ingat akan tarikh keramat mereka.

Pernah jugak aku melihat teman yang merajuk hati kerana suami seakan tak mengindahkan hari tersebut. Kasihan.

Diawal perkahwinan aku dulu pun, aku terasa juga bila suami lupa, baik ulangtahun perkahwinan atau ulangtahun aku. Tapi lama kelamaan aku menerima hakikat tak akan ada sambutan hari2 istimewa ditahun2 mendatang. Cuma kadang2 aku saja mengingatkannya. Sekadar mengingatkan.

Masing2 mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza. Ada suami melakukannya kerana terpaksa. Tak kuasa pulak nanti nak melayan bila isteri dah merajuk panjang. Jengkel jugak nak tengok muka monyok siisteri. Ada suami yang memang romantik. Ingat hari2 istimewa mereka dan tak perlu tunggu isteri bersuara.

Bagi aku, bila suami lupa hari2 istimewa, tak bermakna mereka tak sayang. Tak guna juga jika suami membelikan hadiah atau apa jua sambutannya kalau dia rasa terpaksa. Tak ikhlas. Biarlah lupa hari ulangtahun perkahwinan asalkan dia tak lupa yang dia dah berkahwin.Tak payahlah nak merajuk hati dan bermasam muka. Apa yang ada dan apa yang diberi suami, bersyukurlah.

June 14, 2009

HANDS- ON LAGI

Hari ni aku kekelas hands-on lagi. Kali ni untok cup kek dan sebuah kek 5''. Ini merupakan kali pertama aku menghias cup kek. Sebanyak empat cup kek yang perlu dihias. Lihatlah. Terok benau!


Dibawah ini kek dengan corak bakul. Nampak macam senang tapi kalau kurang teliti akan kelihatan tidak menarik. Macam yang dibawah nilah. Bunga tengah tu pulak hanya digunakan bunga 'instant'. Cepat dan senang. Tapi kalau nak lebih kreatif, kenalah paip bunga sendiri. Ambil masa sedikitlah.











June 09, 2009

MENGUJI KEBOLEHAN

Semalam aku berkesempatan mengikuti kelas hands-on membuat kek menggunakan Steam Buttercream. Kerana ingin tahu teknik inilah aku telah meminta Fizah (fizaocreation.blogspot.com) mengadakan kelas ini pada hari yang aku kehendaki. Special request. Tak sangka pulak Fizah setuju mengadakannya walaupun pada hari tersebut dia kurang sihat sikit. Tapi kerana dia dah janji, katanya, tak apalah diteruskan jugak. Terima kasehlah Fizah oooiii!
Sebenarnya aku ada jugak mengikuti kelas2 seperti ini lebih kurang enam atau tujuh tahun lalu selepas berhenti kerja. Tapi bukan menggunakan steam buttercream. Dek kerana lama tak dipraktikkan makanya ilmu tu semakin hilang. Maklumlah, aku belajar pun sekadar ingin tahu saja. Hobi. Selepas mengikuti kelas semalam, ia seakan mengembalikan semula minat yang lama ditinggalkan. Selain itu ia juga menguji sejauh mana kebolehan aku dalam 'seni' ini.
My hubby pulak bila dia tengok kek tu, dia kata, lain kali jangan buat kek cantek2 macam tu. Katanya sayang nak potong dan ngap. Apa saja.

Kek yang besar tu khas untok akulah. Yang sebelah tu sifu punya. Selepas menyapu buttercream sekadar menutupi keselurohan kek

Menyiapkan steam buttercream dengan teknik double-boiling

Kek yang telah siap dituang dengan steamed buttercream

Membuat bunga hiasan kek inilah yang aku suka sekali kerana ia menguji kemahiran dan kebolehan aku sebenarnya. Walaupun bentok susunan kelopak bunga ros tu tak begitu menarik tapi oklah. Walau bagaimanapun aku berpuas hati dengan kesudahannya. Malangnya photo kek yang sudah dihias sepenuhnya, entah apa jadi. Terkilan rasanya.



June 07, 2009

LINGKARAN ROSE REBEN

Beginilah kesudahan projek reben aku ni. Nak ditambah lagi daun2 kecil takut nampak semak pulak. Jadi rasanya cukuplah banyak tu. Kini apa yang perlu dilakukan ialah menjahit lapis belakang kain supaya nampak kemas dan juga renda yang sesuai untok keliling kain. Nampaknya raya akan datang akan berserilah ruang tamu aku dengan 'bunga rose' nanti dan pastinya akan menjadi perhatian tetamu yang datang. Perasanlah tu.