October 31, 2008

BERINGAT DIMASA GAWAT.

Negara dilanda kegawatan ekonomi lagi. Rasanya kita baru saja hendak menarik nafas lega akibat kegawatan yang lalu.Sejak kebelakangan ini juga kita sering diingatkan supaya berjimat dan berhemat bila berbelanja. Bagaimanakah caranya? Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi sebagaimana yang pernah diusulkan antaranya ialah kita menyenaraikan dahulu barang2 yang hendak dibeli. Dengan cara ini kita tidak terbeli barang2 yang tidak diperlukan. Saya percaya sudah ramai yang mengamalkan cara ini. Walau bagaimana pun ia tidak menjadi pula dengan saya.Seringkali saya tidak dapat mengikut sepenuhnya senarai yang ada. Lain yang ditulis, lain pula yang dibeli. Akhirnya cara tersebut saya lupakan.Satu lagi yang tidak upaya saya lakukan ialah membuat catatan perbelanjaan bulanan.Saya memang kagum dan tabik pada mereka yang taat dan dapat melakukannya. Pada saya mereka ini adalah orang2 yang berdisiplin. Bukan macam saya. Hanya bertahan untok beberapa hari saja. Entah mengapa saya gagal melakukannya.Saya akui, dengan membuat catatan itu kita dapat memantau berapa banyak wang yang telah dibelanjakan. Namun pada saya ia seakan2 mengongkong kebebasan saya berbelanja. Bukan bermakna saya seorang yang boros atau kaki shopping. Tidak. Saya ni jarang2 mengunjongi pusat2 membeli-belah. Tak percaya? Tapi itulah hakikatnya. Pada saya yang penting ialah kita menilai dahulu kemampuan kewangan kita. Kadang2 saya terpaksa membatalkan niat untok memilikki sesuatu barang yang diinginkan hanya kerana harga yang diluar kemampuan saya. Seboleh2nya saya cuba elakkan melakukan apa yang disebut orang 'biar papa asal bergaya'. Bahaya! Elok jika membeli baju mengikut ukuran dibadan sendiri. Pasti puas hati. Dengan cara ini kita dapat hidup dengan selesa dan tenang tanpa dibelenggu masaalah2 yang boleh mencerut kehidupan kita dikemudian hari. Terpulanglah sama ada hendak atau tidak membuat catatan atau senarai yang disebutkan diatas tadi asalkan kita mampu mengawal diri dan beringat2 sebelum berbelanja.

No comments: