January 23, 2010

CAKE DECO MOL 2 - (23/1/2010)

Kelas Module 2. Hari ni kami dikehendaki menghias dua buah kek. Edible image dan kek yang menggunakan steamed buttercream. Mengikuti kelas ni memang menarik dan very interesting. Ia mencabar minda dan kreativiti peserta.






















January 17, 2010

BASIC CAKE DECO CLASS MOL 1 - (17/1/2010)

Hadiri satu lagi klas menghias cake bersama Chef Tania. Tu lah. Belajar berkali-kali tapi tak selalu dipraktikkan dirumah. Jadi dengan mengikuti klas sebegini walaupun sudah ada asas, dapat juga memahirkan diri. Hasilnya, hiasan kali ini memuaskan hati dan nampak sempurna jugaklah.









January 14, 2010

TERJEMAHAN TUNGGANG LANGGANG

Gelihati ada, geram pun ada. Apa taknya, kalau tulisan-tulisan diblog ni dialih bahasa dari Melayu-English, hancur jadinya. Tunggang langgang. Dan bukannya seratus peratus diterjemahkan. Jadi bahasa rojak. Teruk betul. Sebagai contoh, 'bilik air', dialih bahasa menjadi 'bilik water'. Kelakar kan? Ini boleh membuatkan, bukan saja aku, malah pembaca lain pening kepala. Cubalah keGoogle dan klik 'translate this page' dimana-mana blog berbahasa Melayu. Tapi, dibeberapa blog yang aku layari, terjemahannya taklah seteruk mana. Hmmmm, apa dah jadi cek oiiii!!!!

January 13, 2010

KARYA YANG HILANG

Aku memang suka menulis sejak dibangku sekolah lagi. Tidak kira samada ia mata pelajaran karangan atau apa saja mata pelajaran yang memerlukan kemahiran menulis atau berkarya, sangat aku gemari. Rasa gembira dan bangga bila ada karangan atau tulisan aku mendapat pujian atau komen yang positif dari guru.
Selepas zaman sekolah aku teruskan juga menulis. Baik cerpen, sajak atau senikata lagu. Bagi senikata lagu, aku memilih kebanyakkannya dari lagu-lagu barat dan hisdustan he! Ada juga yang ditulis tanpa saduran dari mana-mana lagu. Semua karya-karya tersebut aku kumpulkan dan diabadikan dalam sebuah buku kecuali cerpen.
Masa berlalu. Setelah memasukki alam pekerjaan, sedikit demi sedikit hobi tu terketepi. Lama kelamaan ia seakan dilupakan. Buku tu pun terperap dalam almari bersama buku-buku yang lain untok sekian lamanya.
Apabila berpindah kerumah baru ini, (rumah keempat) lebih kurang dua tahun, ada antara buku-buku tu yang masih tersimpan didalam kotak. Aku pun hampir lupa akan buku tersebut. Tapi minggu lepas, aku membongkar kotak-kotak tersebut untok mencari album-album lama. Tujuan utama ialah mencari gambar-gambar zaman persekolahan dulu atas permintaan seorang teman untok dimuatkan kedalam facebook.
Bongkar punya bongkar, terjumpa pula buku istimewa tu. Bukan itu saja. Aku terjumpa gambar abang sulong ku semasa kecil, yang dicari-carinya selama ini dan juga gambar kedua orang tua ku! Wow, jembu juga ibu ku semasa muda dulu. Sunggoh. Memang cantek. Sayang, tak bolehlah aku nak tayangkan disini. Dilarang keras!
Kini semua hasil tulisan ku itu, aku muatkan diblog khas. Sudi-sudilah menjenguk blog tersebut, http://karang-karang-honeyzee.blogspot.com/ tapi belum selesai sepenuhnya.