November 08, 2008

PELIK TAPI BENAR

Kejadian ni aku alami beberapa tahun lalu. Waktu tu aku dan suami sedang makan malam selepas maghrib. Tak lama lepas tu, tiba2 kami terdengar seperti benda jatoh dekat tingkap ruang tamu kami. Kami berpandangan antara satu sama lain dengan penuh tanda tanya. Aku pun terus ketingkap untok periksa apa yang jatoh tadi tapi tak jumpa apa pun. Heran juga. Bunyinya betul2 jelas kedengaran.
Kejadian itu terus kami lupakan hinggalah selepas beberapa minggu kemudian bila aku hendak membersihkan tingkap. Terperanjat dengan apa yang aku jumpa. TELOR! Ya, telor yang telah pecah dan kering dek pancaran sinar matahari . Baru aku paham bunyi benda jatoh tempoh hari. Patutlah aku tak dapat menjumpainya kerana ia 'melanggar' jeriji tingkap dan percikkannya melekat pada kain langsir dan ada yang 'tersangkut' dicelah2 jeriji tingkap. Ia hanya dapat dilihat bila kain langsir itu diselak.
Termenong sejenak aku memikirkan bagaimana telor itu boleh 'terbang' ketingkap rumah aku yang terletak ditingkat dua. Siapa pula yang melontarnya. Bermacam2 yang aku fikirkan. Ini membuat aku teringat kejadian yang agak serupa berlaku dimajlis perkahwinan abang sepupu ku dikampong sewaktu aku masih kanak2 lagi.
Malam pernikahan itu, aku baru saja dudok dianak tangga rumah pengantin. Tiba2 ada benda terbang lalu dihadapan aku dan jatoh ditepi tangga sebelah kiri ku. Bila aku menoleh kearah benda tersebut, dalam samar2 itu aku nampak sebiji telor. Mujor seorang makcik ternampak kejadian tu lalu memberitahu seseorang dan mereka melakukan sesuatu keatas telor tersebut. Aku tak tahu apa yang mereka buat kerana aku disuroh beredar. Apa yang aku masih ingat ialah kata2 seorang makcik disitu yang berkata, mujor ia tak terkena aku yang dudok disitu. Manakala seorang lagi berkata, mungkin ada orang yang berniat tak baik terhadap keluarga pengantin.
Jadi, apa pula makna cerita telor dirumah aku tu. Aku pun tak berani meneka. Apa pun aku bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami apa2 perkara yang tak diingini. Alhamdulillah.

No comments: