August 27, 2008

ADA KE PATUT?

Sementara menunggu ketibaan pesawat yang dinaikki anak saudara saya pulang dari Hongkong beberapa bulan lepas, saya, suami, abang dan ipar, dudok minum disalah satu tempat makan diterminal 1 sambil berbual kisah keluarga. Biasalah tu. Kemudian timbul pula kisah salah seorang saudara sebelah ipar yang pergi melancong seisi keluarga. Musim cuti sekolahlah katakan. Tapi bukan itu yang menjadi keperihatinan saya. Menurut ipar, setiap kali ada antara adik beradik mereka melancong, ibu mereka yang uzor akan dihantar kerumah tumpangan orang2 tua. Senang, kata mereka. Sekurang2nya ada yang menjaganya, makan minum terjaga, sakit pening mereka tidak bimbang. Saya bertanya ipar, masakan adik beradik yang lain tidak boleh mengambil alih menjaga ibu mereka. Yang pergi melancong hanya satu keluarga sedangkan yang lain masih ada dirumah. Apa salahnya ibu mereka diletakkan dirumah salah seorang dari mereka. Walaupun alasannya yang mereka bekerja tetapi pada saya sesuatu boleh dilakukan. Misalnya mereka boleh bergilir2 mengambil cuti seandainya ada antara mereka yang tidak boleh mengambil cuti panjang. Sekiranya mereka ada rasa tanggong jawab, perkara begini pasti tidak akan berlaku. Bermuafakatan perlu ada. Dengan menghantar orang tua kerumah tumpangan setiap kali ada yang pergi melancong seolah2 masing2 ingin melepaskan tanggongjawab menjaga orang tua mereka. Rasa marah juga didalam hati ini. Tidakkah mereka fikirkan perasaan ibu mereka. Janganlah kerana orang tua tu dah tak berdaya lagi, dah tak boleh membantah , mereka sewenang2nya membuat keputusan yang menyedihkan. Walau apa pun alasan mereka, saya rasa perkara begitu memang tak patut dilakukan. Saya seakan dapat rasakan kesedihan ibu itu.
Berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan salah seorang abang saya. Walaupun dia bergaji hari namun dia dengan senang hati mengambil cuti setiap kali saya pergi bercuti. Sedikit pun dia tidak merungut kerana terpaksa menemani ibu kami yang telah uzor dan perlukan seseorang menemaninya. Pernah juga saya mencadangkan agar abang tua saya yang menjaganya sementara ketiadaan saya tetapi dia enggan. Kesediaan dan pengorbanannya itu sekurang2nya melegakan hati dan fikiran saya semasa bercuti. (Surirumah pun perlukan rehat oiii!).

No comments: