February 14, 2010

SET CADAR (KE2)

Set cadar ni dah lama siap selepas menyiapkan keperluan bilik pengantin November lepas. Oleh kerana si mak pengantin ni dah terbeli extra kain, aku diminta menjahitkan satu lagi set cadar untok anaknya. Mulanya aku diminta menjahit cadar yang simple tanpa ropol. Tapi dek kerana ada kelebihan kain lace dan cukup untok cadar dan bantal, aku jahitkan berlapikkan kain asas dan beropol pada bantal dan cadar. Kerja lebih sikitlah. Suka betul sianak. Boleh pakai masa raya nanti, katanya. Jimat belanja.


MY BLACK FOREST CAKE

Sebelum ni, aku sangkakan membuat Black Forest cake sesuatu yang susah. Tapi selepas melihat demo oleh Chef Tania diklas deco 2 beberapa minggu lepas, rupa-rupanya mudah. Hanya memerlukan daya kreativiti kita untok menghiasnya. Mulanya bercadang nak taruh buah strawberry, malangnya supermarket dikediaman ku kehabisan stock! Ish ish ish. Maklumlah, nak menyambut Tahun Baru Cina. Aku pun macam takde hari lain nak buat kek ni. Sudahnya, aku hanya menggunakan buah cherry, peach dan blueberry. Dilapis pertama aku letakkan blueberry dan peach selepas disapu cream. Dilapisan terakhirnya aku hanya menyusun secara sederhana saja. Suami suka kerana dia yang minat sangat dengan kek ni. Dia jugalah yang menyuruh aku belajar membuatnya. Nampaknya percubaan pertama aku berjaya. Alhamdulillah.