March 10, 2009

HOBI BARU





Rasa dah lama benar aku tak update blog ni. Tak lah sibok sangat tapi nampak macam sibok. Kalau nak tahu aku sekarang ni kemarok dengan hobi baru...SULAMAN REBEN. Sejak terjumpa blog PnAnn, pelopor laman WanitaMelayu, aku jadi tertarik dan terpegun dengan hasil kerja tangan beliau.

Sebenarnya ada banyak laman blog berkaitan dengan sulaman reben ni tapi aku lebih tertarik dengan laman PnAnn kerana selain ada ruang khas tunjok cara bagaimana untok membuat sesuatu bunga, misalnya, beliau juga ada menjual segala macam produk yang berkaitan. Juga beliau ada menjual produk2 yang telah siap contohnya cushion, tutop botol dan banyak lagi. Cantek2 belaka.

Dek kerana terpikatlah aku telah membeli beberapa buku berkaitan sulaman reben, sulaman benang dan sulaman manik dari beliau. Selama 2minggu aku mentelaah buku2 tu, terutama buku sulaman reben, untok mengetahui dan memahami teknik2 melakukannya.

Akhirnya aku cuba membuat desingn yang mudah pada bag MANJA yang plain saja tu. Yang sukarnya kerana menyulam pada bag yang dah siap sedia. Oleh kerana bahan bag ni jenis agak keras sikit jadi tak payahlah aku gunakan pemidang. Walau macamana sulit pun, bila dah siap rasa puas walaupun nampak kurang sempurna. Lihatlah hasil kerja pertama aku tu! Boleh tak?

2 comments:

Dahlia said...

Hai awak minat sulam menyulam tapi saya minat patchwork sempat jugak belajar di Kedai Ati tu...dulu tapi sekarang dah tak sempat nak teruskan hobbi quilt and patchwork tu....teruskan hobi awak tu selagi ada masa lapang....

HONEYZEE said...

Kalau ikutkan hati nak belajar apa saja hobbycraft KECUALI patchwork! Macam tak sabar gitu. Jangan suggest kat I untok belajar buat tu. Ati dah paham benar.