March 10, 2009

HASIL KERJA TANGAN


Bercakap pasal hobi, aku memang berminat dengan apa saja yang berkaitan dengan jahit-menjahit juga kait mengait. Lepas saja aku berhenti kerja terus saja aku keklas menjahit. Kebetulan bekas kawan kerja aku adalah salah seorang tenaga pengajar disitu. Dari baju kurong, kebaya, seluar panjang, curtain juga cushion yang aku pelajari. Tak lupa juga sulam goyang tapi yang ini aku tak praktikkan kerana aku lebih menggunakan corak2 sulaman yang terdapat pada mesin jahit canggih aku (kononnya).

Agaknya aku mewarisi minat ni dari emak aku. Aku akan berdiri disisi emak bila dia menjahit. Dia ambil upah menjahit baju kebaya nyonya siap dengan sulam dalam tahun2 60an dulu. Arwah ayah aku tolong mencari bunga2 yang cantik dan melukisnya pada kertas. Aku masih menyimpan sebahagian dari koleksi tersebut cuma sayangnya tak satu pun baju kebaya emak yang ada dalam simpanan aku. Tak terpikir nak simpan khazanah tu. Sekarang macam terkilan dan menyesal. Kalau aku tahu, lama dulu aku belajar dengan mak sulam goyang ni. Percuma lagi. Kini bila usia semakin meningkat 'matang' minat tu datang semula.

Aku masih ingat, seawal usia tujoh atau lapan tahun aku belajar membuat bag tangan dari rafia yang dikait. Bila aku lihat jiran aku membuatnya, timbol rasa ingin tahu dan mencuba. Corak kulit kerang. Ingat lagi aku. Itulah kerja tangan yang pertama aku hasilkan. Bangga bukan main. Begitu juga kedua orang tua ku dan jiran2 ku. Mereka memuji2 aku kerana dalam usia yang begitu muda sudah boleh menyiapkan sebuah bag tangan dengan tidak mengambil masa yang panjang.

Selain dari menjahit, aku belajar membuat bag tangan cara knitting. Itulah, setiap kali aku terpandang sesuatu yang menarik perhatian aku, aku akan belajar. Seperti knit handbag yang aku nampak dikedai kawan aku ni (sekarang dia dah jadi bos). Aku sebenarnya terlalu ingin tahu macamana sesuatu barang, contohnya knit handbag atau corak cushion itu dibuat atau dijahit. Walaupun begitu, ada satu benda yang aku tertarik tapi tak dapat dilakukan iaitu patchwork. Rasanya tak larat nak menyantum satu persatu cebisan2 kain yang telah dipotong kecil. Tak sabar aku. Kerap juga kawan aku cuba pujok supaya aku mencuba tapi tak apalah. Minta maaf ajalah.


Nak lihat knit handbag aku yang dah siap? Ini dia!










6 comments:

Azie said...

salam honeyzee...
i like your words in yr profile (suka menjahit, tak minat memasak tapi kena masak).. he he cute jer bunyinya..

nak tanya apa nama sulaman kusyen putih pd gambar teratas postings nih? dah lama i tercarik2 nama sulaman nih (a bit tradtional sket, kan).

Muszana said...

Lawa la knit handbag tu.. Susah tak nak buat..

Azie said...

rasanya knitted handbag tu guna special yarn kan.. pernah nampak benang ni kat kedai knitting

HONEYZEE said...

hai Azie..
maceh kerana sudi jengok keblog akak..it's true..akak memang tak minat masaklah..mujor suami paham..hehehe..tang kusyen tu..akceli dah bertahun siap...kalau dulu org panggil 'gula pasir'..now nanti akak find-out eh..

hai Muszana...
kalau dah tau knitting..tak susah.akak pun bukan mahir sangat..masih belajar..

hai Azie..
memang..benang ni berbulu bila dah siap sedap dipegang..lembut gitu..yg bestnya..kalau silap pun tak nampak....

Dahlia said...

yalah cantik bag tu....Ni anak murid Ati....

HONEYZEE said...

Itu sudah terang....