July 20, 2011

PINDAH RUMAH LAGI

Awal tahun ni aku pindah masuk rumah baru walaupun rumah jual semula. Downgrade lagi. Sebelum ni aku dah downgrade dari flat jenis executive diPasir Ris keflat lima bilik diSembawang setelah lebih empatbelas tahun mendiaminya. Konon nak dekat dengan abang sulonglah tu. Tapi lepas hampir empat tahun, bosan dibuatnya.
Memang, dulu-dulu tu aku tak begitu suka tinggal dekat dengan central. Bingitlah. Aku lebih suka tempat tinggal yang jauh dari keriuhan dan kesibukan. Rasa aman gitu. Tapi lama kelamaan aku jadi bosan.
Lalu aku ambil keputusan jual rumah tu dan downgrade lagi keflat tiga bilik diTampines. Balik kekawasan timur lagi nampaknya. Kali ni aku pilih rumah dekat dengan kemudahan - pusat tukaran bas, stesen mrt, pusat membeli belah dan apa lagi kalau bukan tempat makan. Penting tu. Walaupun terpaksa membayar lebih sedikit untok flat tersebut tapi aku puas. Ada yang tanya, kenapa tak beli flat empat bilik? Luas, besar dan selesa sikit dari tiga bilik.
Pertama, kerana kehendak suami. Kedua, aku dah tak larat nak kemas rumah yang besar. Rumah kecik ni oklah juga. Senang sikit kerja aku. Ketiga, rancangan masa depan. Sedang dalam pertimbangan. Tunggu dan lihatlah selepas suami pencen. Hahaha....
Minggu lepas, ada dua majlis perkahwinan didua block. Sebelah menyebelah pulak tu. Betul-betul depan block aku ni. Majlis perkahwinan pertama sejak berpindah kesini. Apalagi, aku rasa betul punya seronoklah. Meriah sunggoh. Ni, belum lagi hariraya. Lagilah happening agaknya. Tak sabar gitu. Hmmmm....

No comments: