July 20, 2011

BERCUTI KESOUTH AFRICA

Pandangan Table Mountain dari Signal Hill

Awal bulan June lepas, aku bercuti keMauritius dan Afrika Selatan. Seperti biasalah kalau bercuti tu aku pergi bersama kawan baik aku. Suami not interested. Jadi, jangan buang masa nak pujuk dia ikut sama.


Dari Singapura rombongan kami terus keMauritius. Orang katalah ya, pantainya cantek. Tapi sayangnya kami hanya berpeluang tinggal semalam saja disana. Tak berpeluang langsung nak bersantai ditepi pantai kerana kesuntukkan masa. Esoknya, kami harus berangkat kelapangan terbang sekitar enam pagi selepas sarapan. Macam bersahur gitulah.


Dari Mauritius, kami keCape Town. Cape Town ni banyak tempat menarik untok dilawati. Yang paling popular ialah Table Mountain. Rombongan kami hampir-hampir kecewa untok kesana kerana keadaan cuaca dan angin. Aturcara kami terpaksa ditukar.


Namun pada hari terakhir kami diCape Town, cuaca pagi tu bertambah baik dan kami berpeluang kepuncak juga akhirnya. Tak kempunanlah. Selepas tu kami keairport untok keJohannesburg pula.


DiJohannesburg, kami keSoweto. Disini kami kekediaman Mandela dan beberapa tempat lagi. Dapat kami melihat kehidupan dan kediaman penduduk miskin disana yang membuat kami rasa betapa beruntungnya kita disini. Punya tempat tinggal yang selesa. Segalanya cukup.


Tiba hari untok pulang keSingapura. Kami transit diMauritius untok tukar pesawat sebelum transit lagi dilapangan terbang Kuala Lumpur. Dan akhirnya kami mendarat dilapangan terbang Changi dengan selamatnya.


(boleh kelaman: sharemymemories-zeezee.blogspot.com untok melihat gambar)

No comments: