November 10, 2009

SENTUHAN SULONG KU

Lama juga tak update blog ni. Sepanjang tempoh tu sebenarnya aku sedang sibok menjahit. Orang dah mintak tolong, aku tolonglah mana yang termampu. Kerana ingin memilih corak kain pilihan sendiri untok bilek pengantin anaknyalah, makanya aku diminta menyiapkan kesemuanya. Dari menjahit, memasang hinggalah menghias (dengan bantuan ipar ku) - hiasan yang sederhana saja.
Inilah percubaan pertama yang benar2 menguji kebolehan eku. Tak pernah umur aku melakukan kerja ni. Tercabar juga dibuatnya. Sebenarnya, memang aku mengharapkan peluang sebegini rupa. Dan kebetulan ipar kepada abang sulong ku menyuarakan hasratnya. Apa lagi, terima ajalah. Hampir empat bulan untok aku menyiapkan jahitan2 tersebut.
Untok menggantong bunga2an tu aku serahkan kepada kakak ipar ku yang juga ipar kepada mak pengantin. Rasa puas hati dipihak keluarga pengantin membuat aku hilang segala rasa penat. Sayang sekali, hanya photo2 ini saja yang dapat dimuatkan. Ok jugaklah. Dari tak ada langsung, kan?


Pengantin sedang menunggu masa untok bersiap.



Curtain yang menutupi tembok bilek air.


Sebenarnya dicadar lace dan sarong bantal tu ada aku jahitkan manik dan labuci. Sayangnya tak kelihatan. Apa boleh buat Labi.... Tempat dudok pengantin lelaki diupacara akad nikah.



Jahit manik dengan design yang simple ni aku jahitkan disarung bantal tempat dudok pengantin lelaki semasa akad nikah. Ini aku letakkan disetiap bucu sarung bantal tersebut dengan dua corak yang berlainan. Rasanya ok jugaklah kerana ini merupakan jahit manik pertama aku. Nak mencuba-cuba. Ok tak?

2 comments:

Normah . said...

Amboi...cantik yo dah jadi.mudah mudahan dengan kerajinan tangan Datin murahlah rezeki yo.tak kisahlah 1st time ke tau berapa time ke yg penting menjadi betul tk? Mudah-mudahan berjaya dalam bidang yg di minati.Amin....

HONEYZEE said...

maceh yo...sikit2 bolehlah...