November 30, 2009

MOOD AIDILADHA

Nampaknya Aidiladha tahun ni aku ada mood nak buat kek. Dah lama rasanya aku tak buat kueh. Dah lebih dari tiga tahun agaknya. Kemudian tergerak pulak nak buat siap berkrim . Macam kurang seri kalau tak berhias. Oleh kerana ipar mengadakan kenduri pada petang Aidiladha, aku bercadang membawa kesana. Kebetulan suami dan salah seorang biras ku menyambut hari ulangtahun serentak seminggu sebelum tu. Kira2 nak meraikan merekalah. Sayangnya, rancangan ku tak menjadi. Suami ku diserang selsema (bukan H1N1 tau). Tak dapatlah kami kerumah ipar ku . Takut berjangkit pulak. Akhirnya, sambut dirumah aku ajalah. Rezeki.

Oleh kerana aku buat extra kek, dan ada sedikit lebihan krim, aku terpikir untok memberi separoh kek kepada jiran aku. Selama ni, dialah yang banyak memberi. Walaupun hiasannya tak seberapa tapi aku harap dia gembira. Lebih2 lagi kedua orang anaknya tu.

No comments: