June 19, 2009

BERSYUKUR APA YANG ADA

Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang kesepuloh. BARU sepuloh tahun. Aku hampir lupa hari bersejarah ni. Hubby lagi lah punya lupa tapi bila diberitahu, apa yang dia jawab? 'Ha ah ye.' Itu aja.

Sebelum berkahwin dulu, aku sering melihat teman2 yang sudah berumahtangga begitu seronok dan gembira bila bercakap tentang sambutan ulangtahun perkahwinan mereka. Ada yang dengan bangga memberitahu hadiah yang diberi suami. Pada aku mereka orang yang bertuah kerana mendapat suami yang selalu ingat akan tarikh keramat mereka.

Pernah jugak aku melihat teman yang merajuk hati kerana suami seakan tak mengindahkan hari tersebut. Kasihan.

Diawal perkahwinan aku dulu pun, aku terasa juga bila suami lupa, baik ulangtahun perkahwinan atau ulangtahun aku. Tapi lama kelamaan aku menerima hakikat tak akan ada sambutan hari2 istimewa ditahun2 mendatang. Cuma kadang2 aku saja mengingatkannya. Sekadar mengingatkan.

Masing2 mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza. Ada suami melakukannya kerana terpaksa. Tak kuasa pulak nanti nak melayan bila isteri dah merajuk panjang. Jengkel jugak nak tengok muka monyok siisteri. Ada suami yang memang romantik. Ingat hari2 istimewa mereka dan tak perlu tunggu isteri bersuara.

Bagi aku, bila suami lupa hari2 istimewa, tak bermakna mereka tak sayang. Tak guna juga jika suami membelikan hadiah atau apa jua sambutannya kalau dia rasa terpaksa. Tak ikhlas. Biarlah lupa hari ulangtahun perkahwinan asalkan dia tak lupa yang dia dah berkahwin.Tak payahlah nak merajuk hati dan bermasam muka. Apa yang ada dan apa yang diberi suami, bersyukurlah.

4 comments:

Dahlia said...

betul tu kita mesti bersyukur...cara suami2 mengasihi kita berbeza2...ada suami yang tidak tahu menunjuk2 tapi mereka benar2 kasihkan kita tapi yang ada hipokerit...telunjuk lurus kelenking berkait...depan bukan main tunjuk sayang pijak semut tak mati tapi belakang kita lain bicara....eh eh...masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan ...tidak payahlah kita beza2kan....saperti suami saya begitu juga samalah dia tak suka mengagungkan hari perkahwinan atau hari jadi apa lagi valentine mengarut kata dia....tapi dibenak hati ini saya cukup tau dia sayangkan kita....cukuplah tu...membuat saya bahagia .......

NurAtiqahNadiaBinteSukor. said...

NOR.memang tak di nafikan tk semua suami itu romantis lebih kurang macam suami aku jugaklah tpi dari segi apa yang aku atau pun anak aku mintak tak cepat atau pun lambat insyakallah pasti dapat itu tertakluk jika ada rezeki yang lebih lah.seingat aku hari perkahwinan kami yg 1st aku tk ingat langsung iaitu jatuh pada 28 Jan 06 c cik abeng yg ingatkan aku2 ckp hah! kenapa? dia ckp tkde apa2 ckp je.semenjak ari itu dia tk repeat2 lagi sebaliknya aku yg asek2 ingakkan dia smpi aku mcm terkilan d bueknyo.Hai nasib2 apa boleh buat COBAAN EH EH EH.

NurAtiqahNadiaBinteSukor. said...

Nor.ish ish ish Pembetulan maaflah ye tersalah taip ulang tahun perkahwinan yang pertama patutnya jatuh pada 28 Jan 96.bukan 28 Jan 06.melalut c mk enon ne.

HONEYZEE said...

itulah...kita tak perlulah nak ikut2 org lain..tak perlu rasa cemburu..yg penting kasih sayang, perhatian pd kita oleh suami sentiasa ada hingga akhir hayat...insyaallah