February 14, 2010

MY BLACK FOREST CAKE

Sebelum ni, aku sangkakan membuat Black Forest cake sesuatu yang susah. Tapi selepas melihat demo oleh Chef Tania diklas deco 2 beberapa minggu lepas, rupa-rupanya mudah. Hanya memerlukan daya kreativiti kita untok menghiasnya. Mulanya bercadang nak taruh buah strawberry, malangnya supermarket dikediaman ku kehabisan stock! Ish ish ish. Maklumlah, nak menyambut Tahun Baru Cina. Aku pun macam takde hari lain nak buat kek ni. Sudahnya, aku hanya menggunakan buah cherry, peach dan blueberry. Dilapis pertama aku letakkan blueberry dan peach selepas disapu cream. Dilapisan terakhirnya aku hanya menyusun secara sederhana saja. Suami suka kerana dia yang minat sangat dengan kek ni. Dia jugalah yang menyuruh aku belajar membuatnya. Nampaknya percubaan pertama aku berjaya. Alhamdulillah.


No comments: