May 19, 2009

AKU DAN LABU

Kali ni aku nak cerita sikit tentang suami aku. Dia ni, orangnya memang tak banyak songeh. Pendiam. Nak tengok dia ketawa terkekek2? Jauh sekali. Tak macam aku. Diam2 aku pun, kuat ketawa juga. Kalau tengok filem2 komedi pun, kita takkan dengar suara tawanya. Agaknya ketawa dalam hati. Heran jugak aku. Takkanlah bila tak banyak cakap, ketawa pun kurang, kan? Tapi itulah kenyataannya.
Walaupun begitu, sekali sekala keluar juga kata2 yang lucu darinya. Walaupun lucu tapi muka dia selamba je. Aku pulak yang ketawa gelihati.
Ceritanya begini. Aku ni lemah semangat sikit. Mudah terkejut dan terperanjat. Pernah satu hari tu, secara tak sengaja aku terpijak cicak semasa sedang mengemas rumah. Sangka aku, getah tapi bila aku lihat cicak, apalagi, terlompat2lah aku kerana geli. Suami hanya tengok je sambil senyum.
Yang kelakarnya, satu hari tu, selepas makan malam, sedang aku nak kedapur dengan pinggan mangkok kotor tu, dia kata, 'biar abang bawak. Takut nanti cicak melintas, dah... jadi macam Labu pulak.'
Bila mendengar kata2nya tu dan teringatkan cerita Labu Labi, aku terus ketawa gelihati. Macam perli aku aje. Jadi setiap kali bila aku sedang mengangkat barang, lebih2 lagi barang mudah pecah, dia akan selalu mengingatkan aku supaya berhati2. Siapalah tahu tiba2 melintas makhlok kecil yang tak diundang, hah...tak ke berteraboh dibuatnya nanti?


2 comments:

Dahlia said...

Hai gelihati juga saya membacanya...Teringat pula awak ni pun suka melatah jugak. Hai kalau cucu saya nampak cicak dia terus menangis,cari ibu dan ayah dia....Yang peliknya ayah dia pun geli cicak dan lipas....

HONEYZEE said...

Itulah Dali..penyakit lama tak hilang2. Apa boleh buat..cobaan. Oooh...in that case bukan I sorang ajelah yang gelikan cicak dan lipas eh.